ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harley-Davidson umum barisan model 2020

Berita Tempatan

Views

Harley-Davidson Motor Company mengumumkan barisan model 2020 yang dinanti-nantikan, termasuklah tambahan varian Touring, Electra GlideTM Standard. Para pelanggan boleh memilih pelbagai model touring dengan harga yang bermula dari RM132,400.

Model Electra GlideTM Standard yang diinspirasikan dari susur galur Harley-Davidson Grand American Touring direka untuk pelanggan motosikal kembara (touring) tradisonal. Ia khusus untuk penunggang yang ingin lari dari kesibukan harian dan menikmati pengalaman tunggangan yang sebenar.

Tanpa skrin, ia sebuah motosikal yang memberikan dan meningkatkan pengalaman dalam perjalanan. ElectraTM Glide Standard ditawarkan dengan hanya satu pilihan warna, Vivid Black dan harga jualan bermula dari RM132,400. Selain Electra GlideTM Standard, beberapa pilihan lain turut ditawarkan termasuklah Road KingTM, Road KingTM Special, Street GlideTM Special, Road GlideTM Special dan Ultra Limited.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Salah satu ciri baharu yang ditawarkan pada beberapa model keluarga Touring 2020 adalah ReflexTM Defensive Rider System yang memberikan cengkaman ketika memecut, nyahpecut dan membrek, menggunakan kawalan casis terkini, kawalan brek elektronik dan teknologi penjana.

Menurut Pengarah Urusan, Harley-Davidson Pasaran Baharu Asia, En. Johan Kleinsteuber, mereka memanfaatkan keupayaan yang tidak dapat ditandingi untuk menggabungkan gaya, prestasi dan teknologi dalam produk yang direka bagi meningkatkan pengalaman bermotosikal. Dengan harga yang bermula dari RM62,800 mereka lebih mudah mencari kebebasan berbanding sebelum ini.

Berikut adalah senarai harga bagi model baharu Harley-Davidson mengikut model dan varian (harga bermula dari):

SportsterTM

SuperlowTM – RM62,800
Iron 883TM – RM68,400
Iron 1200TM – RM75,700
1200 Custom – RM79,800
Forty-EightTM – RM79,800
1200 RoadsterTM – RM83,700

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

SoftailTM

Street BobTM – RM97,500
Low RiderTM – RM102,000
Fat BobTM 114 – RM113,100
Sport GlideTM – RM113,100
FXDRTM 114 – RM116,400
BreakoutTM 114 – RM120,300
Fat BoyTM 114 – RM121,900
Heritage Classic 114 – RM122,800

Touring

Electra GlideTM Standard – RM132,400
Road KingTM – RM138,500
Road KingTM Special – RM152,000
Street GlideTM Special – RM169,400
Road GlideTM Special – RM169,500
Ultra Limited – RM188,600
Trike FreewheelerTM – RM229,400
Tri GlideTM – RM292,000

Custom Vehicle OperationsTM

CVOTM Street GlideTM – RM300,900
CVOTM Ultra Limited – RM347,100
CVOTM Tri GlideTM – RM419,700

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply