ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA K5 (Optima 2021) generasi baharu – Gaya lebih padu

Berita Tempatan

Views

Oppa Gangnam Style! Teruja betul kami bila melihat foto-foto rasmi KIA K5 (Optima 2021) generasi baharu yang telah membuat kemuculan sulung globalnya di Korea Selatan semalam. Seperti lakaran yang disiarkan sebelum ini, generasi ke-enam K5/Optima tampil dengan rekaan yang sangat anggun dan bergaya.

Paling mencuri tumpuan adalah rekaan jeriji “Tiger Nose” gaya baharu yang lebih garang, lampu lebih nipis dengan lampu siang LED (DRL) yang diilhamkan dari “garis denyutan jantung”. Dari depan memang K5/Optima baharu ini sangat aggresif dan ia berkesinambungan terus ke belakang dengan gaya rekaan fastback.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Lampu belakang juga menggunakan jejalur LED yang membentuk garisan putus-putus yang sangat unik. Bentuk bampar belakangnya juga nampak sporty dengan kombinasi diffuser dan corong ekzos kemasan krom berkembar. Apa yang menarik, pelanggan boleh memilih rim kegemaran mereka dengan saiz yang bermula dari 16 hingga 19 inci.

Dari segi dimensi, K5/Optima baharu berukuran 4,905 mm panjang dan 1,860 mm lebar. Ini bermakna model ini 50 mm lebih panjang dan 25 mm lebih lebar berbanding generasi sebelumnya. Model ini juga lebih rendah 20 mm bagi memberikan profil yang lebih mantap, manakala jarak gandarnya dipanjangkan sedikit dari 2,805 mm kepada 2,850 mm.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Buat masa ini hanya foto luaran disiarkan, namun jika merujuk lakaran rasmi dalam artikel terdahulu, ia menampilkan perubahan yang agak ketara. Paparan skrin lebar kini terletak di tengah-tengah papan pemuka, berada di sebelah kelompok instrumen digital.

Konsol tengah kini telah direka semula sepenuhnya, begitu juga dengan stereng pelbagai-fungsi yang lebih nampak lebih elegan dan sporty. Untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, K5/Optima baharu bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan ia bakal dipamerkan di Los Angeles Auto Show 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply