ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hasil usaha ‘Laskar Bawang’ pemandu Bezza ini berjaya dicekup – Positif dadah rupanya

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular rakaman video kamera pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang memaparkan gelagat sebuah Perodua Bezza yang dipandu secara melulu dan berbahaya di sekitar Taman Impian Emas, Johor Bahru. Ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan rentetan dari penularan video tersebut, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah IPD Johor Bahru Utara, YDH ACP Rupiah Binti Abd Wahid.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Menurut kenyataan itu, pada 27 September 2020 jam 7.00 malam, Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 34 tahun yang merupakan pemandu kereta tersebut.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Siasatan awal mendapati, pemandu itu mengaku memandu secara secara melulu dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Metamfetamin. Pemandu bersama kenderaannya telah ditahan untuk siasatan lanjut. Tangkapan ini adalah hasil daripada maklumat orang awam menerusi media sosial Facebook yang telah tular.

Syabas ‘Laskar Bawang’! Teruskan perjuanganmu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply