ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih ramai lagi pekerja AirAsia bakal kehilangan kerja

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pemberhentian beratus-ratus lagi pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19. Awal Jun lalu, syarikat itu telah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan wabak berkenaan.

Bercakap kepada Bernama, sumber enggan dikenali yang mempunyai akses terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat pada dialog awam bersama pekerja hari ini berkata, tiada butiran lanjut diumumkan kecuali pekerja terbabit akan dimaklumkan paling lewat dalam tempoh 72 jam ini.

Pada sesi itu, Riad dipetik sebagai berkata, pihaknya sedang menghadapi situasi yang amat sukar dan dalam dalam keadaan semasa ini, sukar untuk mereka bertahan mengikut keadaan sebelumnya. Jelasnya, mereka sedaya upaya mengekalkan kelangsungan perniagaan dan pada masa sama cuba untuk mengekalkan khidmat semua pekerja.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Tambah beliau, pihaknya amat berhati-hati dalam membuat keputusan hari ini namun agak malang, mereka telah memutuskan untuk melepaskan segelintir daripada kakitangannya. Menurut sumber itu lagi, pasukan pengurusan AirAsia akan memberi bantuan sewajarnya kepada pekerja terbabit seperti ganjaran perubatan, penebusan kupon penerbangan sehingga akhir tahun ini selain kaunseling.

Riad juga dipetik sebagai berkata, pekerja terbabit akan dipanggil untuk berkhidmat semula selepas syarikat penerbangan itu berjaya mengatasi kesukaran terbabit. Pada masa yang sama juga Riad memohon maaf kepada mereka yang terlibat dan sebagai CEO syarikat, beliau bertanggung jawab penuh dan menggalas kebertanggungjawaban ini.

Selain itu, kata sumber berkenaan, pekerja yang tidak terbabit dengan langkah itu juga tidak akan dikenakan potongan gaji. Menurutnya, Riad juga berkata kumpulan syarikat penerbangan itu telah memaklumkan mengenai keadaan yang dialami syarikat kepada kerajaan namun belum mendapat sebarang maklum balas.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Sementara itu pada sesi berasingan, CEO AirAsia X Bhd (AAX) Benyamin Ismail pula mengumumkan bahawa syarikat penerbangan jarak jauh itu turut meneliti langkah pemberhentian yang lebih meluas dan membabitkan pekerja segmen teknikal sehingga anak kapal.

Beliau dipetik sebagai berkata, keputusan itu berdasarkan prinsip ‘pekerja terakhir masuk, diberhentikan dahulu,’ sekali gus membayangkan bahawa ini dijangka membabitkan ratusan pekerja dengan hari terakhir bekerja mereka jatuh pada akhir Oktober.

Menurut sumber itu, segelintir pekerja akan turut ditawarkan cuti tanpa gaji yang berkemungkinan besar membabitkan tempoh selama enam bulan atau sehingga keadaan kembali pulih. Kata Benyamin, pihaknya tidak pasti bila mereka dapat meneruskan semula penerbangan dan menganggap, tindakan ini adalah wajar. Tambah sumber itu lagi, AAX juga akan turut melakukan semakan semula gaji pokok pekerja di segenap peringkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply