Minggu lalu tular satu video yang memaparkan sepasang suami isteri yang menaiki sebuah lori melakukan provokasi dengan menuduh seorang anggota polis meminta rasuah dan cuba menghalang tugas anggota tersebut. Berikutan insiden tersebut pemandu lori tersebut bakal berdepan lapan kesalahan trafik.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Sinar Harian malaporkan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua kesalahan itu membabitkan tiga kesalahan baharu yang dilakukan ketika insiden itu Khamis lalu. Jelas beliau, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap bagi lima kesalahan dan kes disebut semula pada 6 Januari 2020.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau memaklumkan antara kesalahan tersebut membabitkan tiada lesen memandu, tidak memakai topi keledar dan tiada perlindungan insurans. Menurutnya, tiga kesalahan baharu pula akan didakwa pada 10 Februari depan. Katanya, tiga kesalahan itu adalah muatan bahaya atau tidak kemas, tiada lesen memandu dan tiada perlindungan insurans.
Kelmarin, M Kevin Raj, 33, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu kesalahan dadah dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas. Sementara itu, isterinya, R Loganayagi, 29, pula didakwa atas empat tuduhan menghina polis, gagal menunjukkan kad pengenalan, khianat dan gaduh gempar.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Harian Metro.
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI