Ini ada satu lagi foto intipan yang baharu sahaja kami perolehi sebentar tadi. Kelibat sebuah Proton Iriz 2019 dengan bampar Persona lama telah berjaya dikesan sekitar Putrajaya tengah hari tadi. Foto unit tanpa pelekat penyamaran itu berjaya dirakam oleh Jordan Marc yang telah memuatnaik foto tersebt di laman Facebook group peminat kereta Live Car Breathe Car.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Penemuan model ini telah menimbulkan rasa curiga dan persoalan mengenai apa yang sedang diuji oleh kereta tersebut. Unit tersebut menggunakan bampar lama dan plat perdagangan, tetapi memakai rim aloi yang ada pada model terkini.
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
Mungkinkah unit ujian ini sedang menguji transmisi baharu 4-kelajuan automatik yang digunakan pada model Saga 2019, atau ia bakal menggunakan CVT dari pembekal lain? Kami sebenarnya tiada jawapan untuk persoalan tersebut memandangkan tiada sebarang maklumat diperolehi setakat ini.
Seperti biasa kami akan cuba memujuk ejen Mat Bond untuk merisik apakah yang sedang diuji oleh Proton pada model ini. Buat masa ini Mat Bond diberitakan kurang sihat dan akan melakukan tugas risikan setelah beliau kembali pulih seperti sediakala, nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
KOMEN TERKINI