ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hironobu Yoshimura kini Pengarah Urusan dan CEO baharu Honda Malaysia

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Hironobu Yoshimura yang bakal mengambil alih tugas Madoka Chujo berkuat kuasa 1 April 2022.

Beliau memiliki 34 tahun pengalaman di Honda dan mempunyai kepakaran dalam Perancangan Korporat, Perancangan Perniagaan, Pemasaran dan Khidmat Selepas Jualan.

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan utama di pelbagai negara termasuklah di Jepun, Thailand dan Pakistan. Sebelum berpindah ke Malaysia, beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Cars (Pakistan) Limited.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Yoshimura berkata, beliau amat teruja untuk menerima tugasan baharunya di Honda Malaysia. Tambahnya, negara yang unik dan berbilang kaum ini merupakan pasaran yang penting di rantau Asia dan Oceania buat Honda.

Para pemimpin terdahulu telah membina kejayaan jenama Honda di Malaysia sebagai pelopor dalam memperkenalkan teknologi termaju Honda di rantau ini, melancarkan model baharu yang menarik dan menerajui segmen Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional selama bertahun-tahun.

Katanya, berdasarkan data dalaman, tiga model Honda menjadi pendahulu segmen masing-masing bagi Suku Pertama 2022. Tiga model tersebut adalah City, City Hatchback dand Civic serba baharu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Madoka Chujo menyertai Honda Malaysia pada bulan April 2021. Meskipun berkhidmat dalam tempoh yang singkat, beliau telah berjaya mencatatkan beberapa kejayaan penting.

Antaranya Honda Malaysia kekal sebagai Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional Nombor 1 untuk tahun kelapan berturut-turut sejak 2014, serta melancarkan City Hatchback pada Disember 2021 dan Civic serba baharu dalam bulan Januari 2022.

Beliau telah kembali semula ke Jepun untuk memegang jawatan baharu di Honda Motor Co., Ltd. dalam Unit Penyeliaan Jualan Operasi Automobil, Bahagian Jualan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply