ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda acah foto generasi keenam CR-V versi pasaran Amerika Syarikat

Berita Global

Views

Setelah imej paten dan model versi pasaran China tertiris di laman maya sebelum ini, Honda akhirnya mula menyiarkan foto acah generasi keenam model CR-V, untuk pasaran Amerika Syarikat.

Jika dibandingkan antara versi Amerika Syarikat dengan versi di China, cuma ada sedikit perbezaan pada bahagian bampar depan dan belakangnya, manakala bentuk lampu dan jerijinya pula hampir sama.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Versi Amerika Syarikat pada bahagian bawah bampar depan mempunyai kemasan krom dan bentuk diffuser belakang yang kelihatan lebih sporty dengan saiz kemasan krom pada corong ekzos yang lebih besar.

Selain itu, di bahagian belakang terpapar emblem Hybrid di bawah emblem CR-V utama. Menurut Honda America, model ini akan ditawarkan dengan sistem hibrid terkini yang lebih canggih untuk pemanduan yang lebih sporty.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Generasi keenam CR-V kini telah mula menjalani ujian di Thailand, dan dalam artikel terdahulu, portal permotoran Headlightmag.com telah memuatnaik beberapa foto intip model SUV berkenaan di negara tersebut.

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berkenaan tarikh pelancaran rasmi model generasi keenam CR-V untuk pasaran di Amerika Syarikat, mahu pun di China. Kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda CR-V 2022 versi pasaran China

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply