ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda BR-V facelift catat 1,400 tempahan dalam masa sebulan

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah berjaya mencatatkan lebih dari 1,400 tempahan bagi model MPV 7-tempat duduk, BR-V facelift yang dilancarkan bulan lalu. Sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada 2017, ia dengan pantas menjadi kenderaan 7-tempat duduk paling popular dengan lebih dari 32,600 unit telah pun dijual.

BR-V facelift mendapat permintaan tinggi di kawasan Tengah dengan 42 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan. Lebih 85 peratus tempahan diterima oleh varian V, manakala selebihnya adalah varian E. Warna  Modern Steel Metallic paling diminati dengan lebih 24 peratus daripada jumlah tempahan.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, bulan lalu Honda Malaysia telah mengumumkan penurunan harga kesemua kereta jualannya yang telah dikecualikan cukai jualan dan ia termasuk lah model BR-V facelift.

Model yang dikemaskini itu telah menerima beberapa peningkatan di bahagian depan antaranya jeriji hadapan baharu, bampar hadapan baharu dengan kemasan bahagian bawah, kemasan lampu kabus depan baharu dan juga rim aloi 16-inci rekaan baharu.

Bahagian belakangnya pula mendapat antena sirip jerung baharu dan bampar belakang baharu dengan kemasan bahagian bawah. Ia dilengkapi dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Sempena dengan pelancaran model ini, Honda Malaysia turut melancarkan Kempen Bantuan Masyarakat – “Be Kind with BR-V” dan “Honda Dealer Donation Drive” bagi membantu komuniti setempat yang berhampiran dengan cawangan pengedar yang terkesan dengan wabak COVID-19.

Warga Malaysia dialu-alukan untuk menderma barangan asas di mana-mana pengedar Honda berhampiran dan kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2020. Honda Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang membeli BR-V facelift kerana sebahagian hasil jualan setiap unit akan disalurkan kepada program bantuan COVID-19.

Selain itu, kempen “Honda Dealer Donation Drive” yang masih lagi berlangsung telah menerima sambutan yang baik dari kalangan warga Malaysia dan pada masa yang sama, pengedar Honda telah mula menyerahkan sumbangan yang diterima kepada komuniti setempat.

Berikut adalah senarai harga baharu Honda BR-V facelift:

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply