ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi lumba haram – Cikgu kena tahan

Berita Tempatan

Views

Apa la nak jadi. Seorang guru lelaki ditahan kerana berlumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Balik Pulau, hari ini. Menurut Harian Metro, guru berusia 25 tahun berkenaan ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai tukang masak dalam Op Samseng Jalanan 2 pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, guru terbabit menunggang motosikal Yamaha YZF-R1 kuning manakala tukang masak itu pula menunggang Aprilia RSV4 merah. Katanya, dua suspek terbabit didapati berlumba sambil menunjukkan aksi berbahaya yang bukan saja boleh memudaratkan diri sendiri malah turut memberi kesan kepada pengguna jalan raya lain.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati guru berkenaan masih dalam tempoh percubaan dan mengajar di sebuah sekolah menengah di kawasan Timur Laut. Kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Anbalagan ketika ditanya sama ada dua suspek terbabit bertaruh wang ketika berlumba berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pemeriksaan air kencing pula mendapati kedua-dua mereka bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

Laluan sepanjang lebuh raya berkenaan biasanya dijadikan litar untuk berlumba bagi golongan mat rempit terutama menjelang malam minggu. Perlumbaan selalunya bermula dari lampu isyarat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu/Jalan Kampung Jawa sehingga lampu isyarat medan selera Seagate sebelum berpatah balik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan. Kredit Wikimedia.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply