ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City facelift bakal dilancarkan pada bulan Mac 2023, tapi kat India la…

Berita Global

Views

Gergasi automotif Jepun, Honda dijangka memperkenalkan City versi yang dikemaskini atau facelift pada bulan Mac 2023 di India.

City facelift bakal menampilkan beberapa perubahan kosmetik luaran, ciri baharu dan varian baharu. Sebelum ini, unit ujian City facelift yang sarat dengan pelitup celoreng telah dikesan atas sebuah trak penunda beberapa bulan lalu.

Meskipun tiada butiran lanjut mengenainya, kita dapat melihat beberapa perubahan di bahagian depan terutama sekali jeriji rekaan baharu, lampu depan yang dikemaskini dan bampar baharu.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Hanya perubahan kecil dibuat pada profil sisi terutama sekali dengan kehadiran rim aloi rekaan baharu. Di belakang juga ia munngkin mengalami perubahan pada bahagian kluster lampu dan juga bampar.

Besar kemungkinan ruangan kabin tidak diusik, namun ia mungkin hadir dengan kemasan warna baharu. Ia juga dijangka menampilkan beberapa ciri baharu untuk kekal bersaing dalam segmennya.

Dari segi rangkaian kuasa pula, Honda dikatakan tidak lagi menawarkan enjin diesel 1.5-liter, dan hanya menawarkan pilihan enjin petrol 1.5-liter aspirasi alami (NA) dan versi hibrid, Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD).

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Model ini dijangka masih mengekalkan teknologi Honda SENSING yang terdiri daripada:

  1. Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  2. Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  3. Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  4. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  5. Penghindar Terbabas (RDM)
  6. Amaran Keluar Lorong (LDW)
  7. Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Pesaing terkuatnya, Hyundai kini sedang mempersiapkan generasi baharu Verna yang dijangka membuat kemunculan di India pada penghujung tahun. Ini bermakna, City facelift bakal menghadapi saingat sengit daripada Hyundai Verna, Volkswagen Virtus, Skoda Slavia dan lain-lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 91wheels.com

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply