ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Anjur sukan bermotor tanpa lesen boleh didenda sehingga RM500k

Sukan Permotoran

Views

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan syarat untuk mendapatkan lesen sebelum penganjuran sukan bermotor bukan perkara baharu, sebaliknya ia adalah peraturan yang sudah digunapakai sebelum ini.

Menurut Sinar Harian, menterinya, Hannah Yeoh berkata, semua penganjuran pertandingan acara itu perlu memohon kebenaran dan mendapatkan lesen daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) sebelum tarikh penganjuran.

“Selepas sidang akhbar hari ini (Jumaat), tak ada lagi pihak yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu perlu dapatkan lesen penganjuran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia di Subang Jaya, Shah Alam pada Jumaat.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Hannah menegaskan denda antara RM50,000 sehingga RM500,000 boleh dikenakan kepada penganjur acara sukan bermotor sekiranya gagal memenuhi syarat memohon lesen penganjuran daripada PJS seperti termaktub di bawah Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997.

Menurutnya, penganjur juga perlu memilih litar yang sudah melalui pemeriksaan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) serta memohon lesen untuk menganjurkan sukan bermotor.

“Permohonan lesen untuk menganjurkan acara sukan bermotor perlu dibuat dalam tempoh 30 hari bagi acara tempatan dan 90 hari untuk acara antarabangsa sebelum pertandingan diadakan.

“Ini selaras dengan Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) yang memperuntukkan syarikat hendaklah memohon lesen untuk beroperasi.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

“KBS bekerjasama dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk memastikan penganjur mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dan tindakan perundangan boleh dikenakan sekiranya gagal mematuhi atau berlaku cuai sebelum, semasa dan selepas penganjuran,” katanya.

Hannah menegaskan, tindakan KBS itu bagi mengelak perkara tidak diingini seperti insiden pertandingan CCT Battle of Champion di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak yang menyebabkan seorang penonton maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang pada 31 Disember lalu, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KBSMalaysia

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply