Honda Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020 menjadi tumpuan pengunjung di reruai Honda Access di Tokyo Auto Salon 2020 kerana ia menggamit kembali nostalgia generasi pertama Civic EK9 Type R (GF-EK9) dari tahun 1999.
Projek kustom ini menurut pengeluar tersebut, memberi interpretasi moden daripada model asal mengikut citarasa orang muda di Jepun. Model ini dikemaskini dari model asal Civic Type R hatchback 3-pintu dengan kit badan yang lebih sasa.
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
Perubahan di bahagian luar melibatkan rekaan bampar depan serba baharu dengan pembahagi (splitter), skirt sisi, rim gaya aero dengan kemasan hitam yang dipinjam dari model hibrid Insight, diffuser belakang dan spoiler bumbung baharu.
Paling ketara adalah lampu hadapan jenis LED dengan yang direka semula ‘kelopak mata’ mengikut warna badan kereta, lampu belakang LED yang bersambung dengan bar hitam melintang dihiasi perkataan Civic di tengah yang bercahaya, bampar belakang dengan kemasan tebuk dan peredam yang menghala ke bahagian sisi.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
Selain itu, jika anda perasan hujung hud kini ditarik sedikit ke bahagian atas jeriji. Di dalam kabin, Honda Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020 dihiasi kemasan baharu pada tempat duduk jenama Recaro dan panel instrumen yang dipinjam dari model roadster S660.
Model ini direka oleh pereka muda Honda Access yang berusia 25-tahun dengan tema “Menghubungkan Generasi”. Difahamkan tiada peningkatan prestasi dilakukan pada model ini, dan tidak seperti S2000 20th Anniversary Prototype, setakat ini masih belum ada maklumat rasmi mengenai pengeluaran aksesori dan kit badan yang diinspirasikan dari model tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
KOMEN TERKINI