ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Type R 2022 buat penampilan sulung – Gaya lebih sopan, transmisi manual

Berita Global

Views
The All-New 2023 Honda Civic Type R is the most powerful Type R ever

Sebut sahaja nama Civic Type R, sudah pasti ramai peminat permotoran tahu mengenainya. Di negara ini salah satu daripadanya sedang bertugas sebagai kenderaan pengiring kepada Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong XVI.

Sejak enam bulan lalu, Honda mula ‘mengusik jiwa’ warganet dengan memaparkan foto acah pertama generasi baharu model berkenaan, lengkap dengan celoreng penyamaran sedang beraksi di Litar Suzuka.

Kini segalanya telah terungkai, namun ada beberapa perkara lagi yang masih menjadi tanda tanya seperti output kuasa, prestasi dan tanda harganya.

Walaubagaimanapun, Honda berjanji akan mengeluarkan lebih informasi dalam masa terdekat. Senang cerita, Civic generasi ke-11 adalah  merupakan model Type R yang paling berkuasa pernah dihasilkan setakat ini.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ia masih mengekalkan enjin 2.0-liter empat-silinder pada model model Type R terdahulu, dan kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi enam-kelajuan manual yang telah dirombak semula.

Untuk model ini, Honda tidak menawarkan kotak gear berurutan, pacuan semua roda mahupun teknologi hibrid. Dari segi trenkuasa, model ini memang benar-benar hot hatch yang ‘old-school‘.

Civic Type R 2022 dilengkapi dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S, spoiler ‘besar gedabak’ di bahagian belakang dan masih mengekalkan identiti serombong ekzos kembar tiga.

Rekaan jeriji hadapannya nampak lebih garang dengan kemasan jejaring, manakala liang udara pada penjuru bampar turut dipertingkatkan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Jujur kami katakan, Civic Type R 2022 sebenarnya kelihatan jauh ‘lebih sopan’ dan tidak keterlaluan seperti model terdahulu. Namun, ia masih lagi nampak sporty, dan sesuai dengan karektornya sebagai kereta berprestasi tinggi.

Di bahagian dalam, sudah pasti ia meriah dengan kombinasi dwitona, merah dan hitam yang menjadi warna rasmi Type R. Tempat duduk bucket, alas kaki, lencana dan jahitan bebenang kesemuanya berwarna merah.

Warna hitam pula mendominasi di beberapa bahagian, termasuk papan pemuka yang masih dikekalkan dari model standard. Kelihatan juga tambahan mod pemanduan +R yang dipaparkan pada panel meter yang merah menyala.

Selain itu ia turut memaparkan beberapa maklumat masa nyata lain tentang kereta serta cara ia bertindak balas kepada pemandu. Difahamkan model ini berkemungkinan model Type R bukan-elektrik yang terakhir dari jenama terkemuka Jepun itu.

Butiran lebih lanjut mengenai model ini akan didedahkan dari semasa ke semasa kerana kali ini ia hanya merupakan sesi pengenalan secara visual sahaja. Pelancaran rasminya dijangka pada musim luruh nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply