ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat ringan Piper 28 tergelincir, juruterbang pelatih wanita terselamat

Berita Tempatan

Views

Sebuah pesawat International Aero Training Academy Sdn. Bhd. (IATAC) yang dalam latihan penerbangan hilang kawalan sewaktu membuat pendaratan di Batu Berendam, di Melaka hari ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam kejadian pukul 12.16 tengah hari, juruterbang pelatih wanita berusia 23 tahun yang mengendalikan pesawat itu selamat, namun mengalami kesakitan pada dada dan dibawa ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, insiden tersebut telah dimaklumkan kepada polis pada pukul 12.42 tengah hari.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pihaknya telah dimaklumkan sebuah pesawat milik IATAC jenis Piper 28 telah hilang kawalan di landasan RWY 21 dan tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans.

Pesawat berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi nahas pada pukul 12.50 tengah hari. Juruterbang pelatih dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans lima minit kemudian. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply