ARKIB

KATEGORI

Tular

Honda HR-V ‘disondol’ dari belakang gara-gara sistem CMBS yang membrek mengejut, tapi tiada kenderaan di depan

Tular

Views

Hari ini tular di laman group Facebook, HONDA HRV 3rd Gen 2022 Malaysia Community berhubung video rakaman kamera pemuka (dashcam) yang memaparkan sebuah HR-V baharu yang dirempuh dari belakang.

Ia dikatakan berpunca daripada Sistem Brek Cegah Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System-CMBS) yang ‘membrek‘ secara automatik, meskipun tiada sebarang kenderaan atau objek di hadapan kenderaannya.

Video tersebut dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama JiaWei Ho dan setakat ini mendapat lebih 150 komen dan 54 perkongsian (setakat artikel ditulis).

JiaWei juga bertanya kepada pemilik HR-V baharu yang lain, adakah mereka pernah mengalami situasi yang sama.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dia ‘percaya’ sistem yang merupakan salah satu daripada ciri Honda Sensing itu ‘mengesan’ bayang di bawah jejambat dan ‘menyangka’nya sebagai objek, lalu membrek kenderaan secara mengejut.

Individu tersebut juga telah membuat aduan menerusi emel kepada pihak Honda dan masih lagi menunggu penjelasan.

Jelasnya, dia berkongsi video tersebut bukanlah untuk ‘mengkritik’ pemilik HR-V yang merempuhnya dari belakang.

Ia sekadar untuk membincangkan bagaimana untuk mengelakkan perkara ini, supaya ‘membina semula tahap keyakinan’ terhadap kereta kesayangannya.

Menurut laman sesawang knightlawgroup.com, sejak 2013, Honda didakwa mengetahui ada sesuatu tidak kena dengan sistem tersebut, yang sepatutnya membantu mencegah perlanggaran dengan memberi amaran kepada pemandu tentang halangan dan membrek apabila diperlukan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sebaliknya, ramai pengguna melaporkan bahawa CMBS telah membuatkan kenderaan mereka membrek dengan sendiri, meskipun tiada sebarang halangan di hadapan.

Menurut beberapa tindakan undang-undang yang telah difailkan, kenderaan dengan sistem ini didakwa berisiko lebih tinggi untuk dirempuh dari bahagian belakang.

Dalam sesetengah kes, CMBS telah ‘tersalah anggap’, ‘terkeliru’ atau ‘memberi amaran palsu’ terhadap persekitaran jalan raya harian, sebagai halangan dan menyebabkan kenderaan berhenti secara tiba-tiba.

Masalah sistem ini telah menyebabkan beberapa kenderaan ‘dipanggil balik‘ pada 2015, namun Honda masih terus menjual kenderaan dengan sistem brek yang didakwa bermasalah.

Apa pun, kita nantikan penjelasan daripada pihak Honda Malaysia berhubung dengan isu berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply