Seorang pengawal keselamatan warga tempatan membuat laporan polis palsu kononnya kehilangan motosikal yang diletakkan di belakang sebuah kedai di Genting Permai, Genting Highlands, Bentong, Rabu lepas.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika mengambil keterangan lelaki berumur 33 tahun itu pada Khamis, pihaknya mendapati terdapat keraguan dalam keterangan suspek.
“Selepas itu, pihak polis telah melakukan pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan premis berkenaan dan mendapati tiada kejadian kehilangan motosikal berlaku.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Suspek didapati mereka-reka cerita kerana motosikalnya telah rosak dan mempunyai tunggakan bayaran bulanan serta tujuan laporan polis dibuat adalah untuk membuat tuntutan kepada syarikat insurans.
Justeru, Zaiham berkata pihaknya telah membuat laporan polis terhadap lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. – TheSunDaily
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit POLIS Bentong
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI