ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Hilux facelift 2020 – Lebih berkuasa dan bergaya

Berita Global

Views

Setelah puas mengusik warganet, akhirnya Toyota melancarkan trak pikap Hilux versi facelift 2020. Seperti biasa negara jiran kita Thailand menjadi yang terawal untuk menerima kehadirannya dan ia bukan sahaja tampil dengan gaya lebih segar, malah menerima nadi baharu serta talaan semula pada sistem suspensinya.

Hilux facelift hadir dengan unit penjana baharu, enjin 1GD-FTV 2.8 liter turbodiesel yang mampu menghasilkan 204 kuasa kuda pada 3,400 rpm dengan 500 Nm daya kilas. Ia sudah semestinya jauh lebih berkuasa jika dibandingkan dengan enjin terdahulu yang hanya menjana 177 PS dan 450 Nm daya kilas

Dengan kombinasi pilihan sama ada transmisi enam-kelajuan iMT atau enam-kelajuan automatik, ia mampu memberikan pecutan yang lebih lancar serta penggunaan bahan api yang lebih cekap. Sistem suspensi model ini juga dipertingkatkan, dengan penalaan dibuat kepada spring jenis dedaun belakang selain menggunakan set bushing baharu.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Di Thailand Hilux facelift menerima dua versi muka yang berbeza, versi standard PreRunner yang menampilkan jeriji dengan kemasan krom ala Toyota Tacoma dengan rekaan bampar yang lebih ringkas. Untuk satu lagi versi (dikenali Revo Rocco di Thailand, Invicible di Eropah), ia tampil lebih sporty dengan kemasan pada jeriji dan pelapik pada lengkung tayar berwarna gelap.

Sebenarnya Hilux facelift lebih sedap dipandang dari arah belakang, terutama sekali pada lampu belakang yang digayakan semula dengan jejalur LED yang seakan nombor 8 yang terbelah dua. Bampar belakang juga direka dengan gaya yang lebih ringkas namun ia nampak lebih kemas.

Yang pasti, gaya varian Revo Rocco sememangnya lebih agresif berbanding varian lain seperti PreRunner, Hilux Revo Standard Cab dan Z Edition. Untuk rim pula, Toyota memberikan dua pilihan saiz berbeza, 17 dan 18-inci. Di bahagian dalam, boleh dikatakan bentuk papan pemuka masih lagi sama, cuma sedikit perubahan dibuat pada kluster instrumen baharu paparan pelbagai info dengan skrin 4.2-inci.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem infohiburan dengan paparan 8-inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk pasaran Thailand, ia turut ditawarkan dengan sistem telemetik T-Connect. Pasaran Eropah lebih beruntung kerana varian Invicible turut dilengkapi dengan sistem audio JBL dengan sembilan unit pembesar suara, amplifier lapan saluran dan teknologi Clari-Fi.

Buat julung kalinya, pasaran Thailand menerima teknologi bantuan keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Jelajah Radar Dinamik dan Amaran Keluar Lorong, namun ia hanya ditawarkan pada varian Revo Rocco.

Harga jualan Hilux facelift di Thailand bermula dari THB 544,000 (RM 73,409) ke atas untuk varian Revo Standard Cab, manakala varian Revo Rocco pula dijual pada harga THB 1,239,000 (RM 167,199). Hilux facelift turut ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu, Emotional Red II, Dark Blue dan Oxide Bronze metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply