ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia panggil semula 702 unit City RS e:HEV 2021 dan Civic 2022 sebagai langkah berjaga-jaga

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memanggil semula sebanyak 702 unit kenderaan yang melibatkan model City RS e:HEV tahun keluaran 2021 dan Civic tahun keluaran 2022 sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga.

Berikut adalah perincian unit yang terlibat:

Situasi Model Model TahunUnit Terlibat
City RS e:HEV2021 630
Civic 2022 72

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Panggilan semula ini adalah melibatkan situasi berikut:

  • Kamera Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang tidak berfungsi
    Ia adalah untuk menggantikan kamera ADAS yang dipasang pada cermin hadapan. Kamera tersebut mungkin tidak beroperasi dengan baik dan menyebabkan ADAS tidak dapat diaktifkan.
  • Kimpalan tidak lengkap pada pelaras gelongsor tempat duduk pemandu
    Ia adalah untuk memperbetulkan titik kimpalan pada pelaras gelongsor di tempat duduk pemandu. Ini boleh menyebabkan tempat duduk pemandu tidak berada pada kedudukan yang tetap ketika memandu dan boleh menjejaskan perlindungan tali pinggang keledar pemandu.

Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa model pengeluaran dan jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam panggilan semula produk ini.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan di Malaysia. Pihaknya percaya kempen ini perlu dilakukan demi keselamatan pelanggan dan akan terus berpegang kepada ketelusan dan kawalan yang ketat untuk pelanggan.

Semua pelanggan yang terjejas akan dihubungi menerusi surat, yang meliputi butiran lengkap panggilan balik tersebut. Pelanggan yang terlibat perlu menghubungi segera mana-mana pengedar Honda untuk membuat janji temu bagi pemeriksaan kenderaan dan pembaikan, bergantung kepada ketersediaan alat ganti.

Honda Malaysia turut menggesa pelanggan supaya memuat turun dan mengemas kini butiran mereka menerusi aplikasi mudah alih HondaTouch. Segala kos pemeriksaan, pembaikan dan penggantian alat ganti yang terjejas akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.

Pemilik kenderaan juga boleh mendapatkan maklumat atau memeriksa status kenderaan mereka dengan menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari productrecall.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply