ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kia kembali ke Malaysia dengan Bermaz Auto – 3 model bakal dipasang secara CKD

Berita Tempatan

Views

Akhirnya desas-desus sebelum ini yang mengatakan Kia Motors bakal memilih ‘pasangan baharu’ setelah Kumpulan Naza melepaskan jenama tersebut akhir tahun lalu terjawab. Gergasi automotif Korea Selatan itu secara rasminya memilih Bermaz Auto (Bermaz) dan kedua-dua entititi tersebut membentuk satu syarikat usahasama baharu, Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB).

KMSB juga bakal menjalankan operasi pemasangan tempatan (CKD) dan untuk permulaan ada tiga model akan dipasang secara CKD untuk pasaran domestik. Tiga model tersebut adalah Kia Seltos, Kia Carnival baharu dan satu lagi model yang akan diumumkan kelak.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Model-model yang dipasang di Malaysia nanti bukan sahaja untuk pasaran domestik malah bakal fasiliti pemasangan di negara ini bakal menjadi hab pengeluaran serantau untuk pasaran Asia Tenggara (ASEAN) dan juga pasaran lain.

Selain itu, KMSB telah melantik anak syarikat Bermaz, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (Dinamikjaya) sebagai pengedar untuk semua kenderaan Kia (CKD dan CBU), operasi khidmat selepas jualan serta alat ganti bagi model-model kenderaan di bawah jenama tersebut.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menurut Pengerusi Eksekutif Bermaz, Datuk Seri Ben Yeoh, pihaknya ingin melihat satu kerjasama yang berjaya bersama dengan Kia pada masa hadapan. Bagi presiden dan ketua pegawai eksekutif Kia Asia Pasifik, Tae Hun (Ted) Lee, mereka percaya jenama tersebut akan terus melangkah ke hadapan di bawah pimpinan Datuk Seri Ben Yeoh.

Sebelum ini, jenama Peugeot turut dilepaskan oleh Kumpulan Naza dan telah diambil alih oleh Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB), iaitu syarikat kerjasama antara Berjaya Corporation Bhd dan Bermaz Auto Bhd dengan masing-masing memegang kepentingan sebanyak 51 peratus dan 20 peratus di dalamnya. Selain itu, BAuto juga merupakan pengedar tunggal jenama Mazda di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply