ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda pamer Small SUV RS di GIIAS 2022, versi pengeluaran SUV RS Concept?

Berita Global

Views

PT Honda Prospect Motor (HPM) mempamerkan model Small SUV RS yang masih lagi sarat dengan pelitup penyamaran di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022.

Model yang ‘dikurung dalam kotak lutsinar’ itu dikatakan versi pengeluaran SUV RS Concept yang dipamerkan di pentas yang sama tahun lalu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Secara kasar, reka bentuk model ini hampir sama dengan Honda WR-V generasi baharu yang fotonya telah tertiris dalam artikel terdahulu.

Versi pengeluaran Honda WR-V generasi baharu agak berbeza dengan model konsep, terutama pada reka bentuk lampu depan dan belakang, serta jeriji depan yang lebih konvensional.

Pesaing terkuat kembar tiga Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Perodua Ativa ini bakal memulakan ujian jalan raya dalam masa yang terdekat.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Pengarah Inovasi Perniagaan, Jualan dan Pemasaran PT HPM, Yusak Billy berkata, pihaknya akan melakukan ujian jalan raya secepat mungkin, supaya ia boleh ditawarkan kepada pengguna dengan kadar yang segera.

Beliau berharap, model produksi SUV RS Concept boleh dilancarkan dalam tahun ini juga. Tambahnya, soal harga, kandungan tempatan dan perincian yang lain hanya akan diumumkan kelak.

Produk terbaharu Honda ini merupakan hasil kolaborasi antara Honda R&D Asia Pacific Co.,Ltd dan pasukan Honda di Indonesia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit inilah.com dan apahabar.com

Foto kredit b_channel_indonesia

Honda SUV RS Concept

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply