ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hukuman lebih berat menanti pemandu mabuk – Penjara 20 tahun dan denda RM150K

Berita Tempatan

Views

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan.

Menurut Berita Harian, beliau berkata pihaknya sudah mencadangkan kadar penjara maksimum dengan pindaan 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun bagi kesalahan berikutnya. Tambah beliau, kadar denda dicadangkan dinaikkan maksimum RM20,000 sekarang kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua boleh dikenakan denda RM150,000.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Selain itu, tempoh penggantungan lesen juga dicadang dinaikkan dari 10 tahun kepada 20 tahun. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau). Ka Siong berkata, hukuman baharu itu membabitkan pindaan Seksyen 41 hingga 45 Akta 333 yang dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini.

Katanya, selain itu hukuman penjara akan dicadangkan sebagai hukuman mandatori. Beliau berkata, turut dicadangkan dalam pindaan Akta 333 kelak ialah memperluaskan bidang kuasa penguatkuasaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berbanding hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Tambah beliau, Kabinet juga bersetuju memperluaskan penguatkuasaan kepada JPJ bagi menangkap mereka yang mabuk. Katanya lagi, kerajaan sedia menurunkan had kandungan alkohol dibenarkan ketika memandu mengikut ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jelasnya, kadar had kandungan alkohol daripada 35 mikrogram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 80 mg alkohol dalam 100 ml darah atau 107 mg alkohol dalam 100 ml air kencing kepada 22 mg alkohol dalam 100 ml nafas; 50 mg alkohol dalam 100 ml darah atau 67 mg alkohol dalam 100 ml air kencing.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara sudah menyemak draf Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan akan dibentangkan untuk persetujuan Kabinet pada 17 Julai ini, sebelum dibentang ke Parlimen. Pada sidang media selepas itu, Ka Siong berkata, pindaan terhadap Akta 333 adalah bukti kerajaan serius menangani isu pemandu mabuk, termasuk yang boleh menyebabkan kematian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply