Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasminya melancarkan model SUV segmen-B terbaharunya, Hyundai Creta ke pasaran Malaysia.
Ditawarkan hanya dalam satu varian, iaitu Plus, model ini dijual pada harga RM149,888 (atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia).
Creta hadir dengan lima pilihan warna, iaitu Dragon Red Pearl, Galaxy Blue Pearl, Titan Grey Metallic, Midnight Black Pearl atau Creamy White Pearl.
HSDM turut menawarkan jaminan lanjutan percuma selama lima tahun atau 300,000 km termasuk penyelenggaraan percuma tiga tahun atau 50,000 km untuk 150 pembeli terawal.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors untuk Malaysia, Jeffrey Gan berkata, Creta menampilkan bahasa reka bentuk ‘Sensuous Sportiness‘ yang cukup bergaya dan dalam masa sama ia dilengkapi segala ciri teknologi dan kemudahan.
Dari segi dimensi, Creta berukuran 4,315 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,630 mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula adalah 2,610 mm. Ini bermakna, ia ‘lebih besar’ berbanding sebuah lagi SUV segmen-B iaitu Kona.
Reka bentuk wajah hadapan Creta menonjolkan reka corak ‘Parametric Jewel’ yang menampilkan lampu siang LED (DRL) yang ‘tersembunyi’ pada bahagian jeriji.
Pada waktu malam, lampu DRL itu akan bergabung dengan lampu hadapan projektor LED pada bamparnya untuk menghasilkan ‘kesan visual yang mengujakan’.
Ruangan kabinnya pula sarat dengan pelbagai ciri teknologi bagi meningkatkan keselesaan, kemudahan dan pemanduan, antaranya kelompok LCD TFT 10.25 inci, unit inforia dengan skrin sentuh 8-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar dan Pengecaman Suara.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Selain itu, Creta turut dilengkapi pendingin hawa automatik dengan corong penghembus di belakang, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta brek parkir elektronik dengan auto hold.
Model ini dijana oleh enjin petrol aspirasi alami (NA), Smartstream G1.5 yang menghasilkan output sebanyak 115 PS pada 6,300 rpm dan 144 Nm daya kilas pada 4,500 rpm.
Kuasa disalurkan kepada gandar hadapan menerusi transmisi Smartstream Intelligent Variable Transmission (IVT). Ia turut didatangkan dengan pilihan empat mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport dan Smart.
Dari aspek keselamatan, Creta didatangkan standard dengan enam beg udara dan Hyundai SmartSense yang merangkumi ciri seperti Bantuan Hindar Perlanggaran Hadapan dan Titik Buta, Bantuan Jaga Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Amaran Kenderaan Di Hadapan, Bantuan Hindar Rempuhan Lintasan Belakang, Amaran Keluar Selamat dan Bantuan Pancaran Lampu Tinggi.
Kesemua ini telah membolehkannya menerima penarafan keselamatan 5-Bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) yang dinilai di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI