ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Motor labur RM6.47 bilion buka kilang pengeluaran di Indonesia

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai Motor telah memeterai perjanjian awal untuk membina kemudahan pengeluaran baharunya di Indonesia, sekali gus menjadi kilang pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara dalam memecah dominasi pasaran pesaingnya dari Jepun.

Rundingan itu dibuat selepas Hyundai dan anak syarikatnya, Kia Motors bergelut dengan prestasi jualan yang menjunam di China, menyebabkan mereka terpaksa menggantung operasi dua kilangnya tahun ini.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Hyundai Motor berkata, syarikat itu akan melabur sekitar AS$1.55 bilion (RM6.47 bilion) membuka kemudahan pengilangan automotif Indonesia sehingga 2030, termasuk bagi pembangunan produk dan kos operasi.

Kata Hyundai, kemudahan itu bakal dibina di bandar Bekasi, Timur Jakarta, dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2021, dengan kapasiti tahunannya mencecah 150,000 unit kereta. Syarikat itu juga merancang untuk menambah kapasiti pengeluaran di kilang tersebut kepada 250,000 unit kereta setahun.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Gergasi automotif itu berkata, kumpulan itu membina kemudahan pengeluarannya bagi mengelak daripada dikenakan tarif antara lima peratus hingga 80 peratus bagi rantau ASEAN. Kilang itu akan menumpukan kepada pasaran Indonesia, pasaran automotif terbesar rantau ini dan negara peserta ASEAN lain.

Hyundai berkata, pasaran ASEAN termasuk Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Singapura dijangka akan menyaksikan pertumbuhan jualan kenderaan keseluruhan kepada 4.49 juta unit pada 2026, berbanding 3.16 juta pada 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply