ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Jazz, City, CR-V dan Perodua Aruz paling kurang masalah – J.D. Power

Berita Tempatan

Views

Menurut Kaji Selidik Kualiti Awal Malaysia 2019 oleh J.D. Power, yang diterbitkan hari ini, masalah yang dialami oleh pemilik-pemilik kenderaan baharu di Malaysia didapati menurun berbanding dengan tahun 2018. Purata industri telah menurun kepada 85 PP100 (setiap 100 unit kenderaan), dari 89 PP100 dalam tahun 2018. Masalah yang dialami hampir sama rata di antara kategori reka bentuk (40 PP100) dan pengilangan (44 PP100).

Bilangan masalah yang berkaitan dengan pengilangan turut berkurangan sepanjang tiga tahun lalu ke 51 peratus dalam tahun 2019 dari 74 peratus dalam tahun 2016. Punca majoriti dalam penurunan berbanding tahun lalu adalah dari aspek bunyi,seperti:

  • Bunyi angin (-1.7 PP100)
  • Bunyi suspensi tidak normal (-1.1 PP100)
  • Bunyi dari tempat duduk (-0.9 PP100)
  • Bunyi transmisi tidak normal (-0.7 PP100)
  • Bunyi dari ruang penyimpanan yang lain (-0.3 PP100).

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Namun begitu, 36 peratus daripada masalah pengilangan yang dilaporkan oleh pemilik kenderaan adalah berkaitan dengan bunyi. Secara purata, pemarkahan keseluruhan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan kenderaan baharu lebih rendah di kalangan pemilik kenderaan yang melaporkan masalah bunyi berkaitan dengan isu pengilangan berbanding dengan mereka yang tidak (7.3 dan 8.2 masing-masing dalam skala 10 mata).

Kata Pengurus Negara untuk Malaysia di J.D. Power, E-Ling Cheah, pemilik kenderaan menunjukkan kepekaan yang berterusan kepada masalah yang berkaitan dengan bunyi, yang akan menjejaskan persepsi terhadap kualiti keseluruhan kenderaan mereka. Disebabkan inilah para pengilang perlu meningkatkan proses pembuatan dan mengkaji semula panduan rekaan kenderaan bagi mengelakkan masalah-masalah ini dari terjadi di awal kitaran pemilikan kenderaan.

Berikut adalah penemuan utama daripada kaji selidik tahun 2019:

Masalah utama yang lalu masih kekal

Di antara lima masalah utama, empat adalah sama dengan lima masalah teratas dalam tahun 2018. Bunyi angin yang berlebihan (5.9 PP100) dan bunyi jalan yang berlebihan (2.9 PP100) masih menjadi dua masalah yang dilaporkan. “Masalah hubungan Bluetooth® dengan peranti/telefon bimbit” menjadi masalah ketiga paling banyak dilaporkan (2.7 PP100), meningkat dari tempat kelima tahun lepas (2.5 PP100), manakala masalah radio mendapat kedudukan keempat tahun ini (2.0 PP100).

Pemilik kenderaan yang lebih muda melaporkan lebih banyak masalah

Para pelanggan di bawah umur 35 tahun (57 peratus) melaporkan lebih banyak masalah berbanding dengan mereka yang berumur 35 tahun ke atas (91 PP100 berbanding dengan 73 PP100, masing-masing). Pemilik kenderaan yang lebih muda melaporkan lebih banyak masalah dalam kategori ciri kawalan/paparan (+4.6 PP100) dan juga dalaman kenderaan (+4.5 PP100).

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Kualiti membina sokongan dan kesetiaan

49 peratus di kalangan pemilik kenderaan yang tidak melaporkan masalah menyatakan mereka “pasti akan” mengesyorkan jenama dan model kenderaan mereka kepada rakan atau saudara-mara, berbanding dengan 37 peratus di kalangan mereka yang mengalami sekurang-kurangnya satu masalah dalam kenderaan mereka.

Satu per tiga daripada pemilik kenderaan baharu yang tidak mengalami apa-apa masalah dengan kenderaan mereka menyatakan “pasti akan” membeli balik buatan yang sama di masa depan, berbanding dengan 26 peratus di kalangan mereka yang mengalami sekurang-kurangnya satu masalah dengan kenderaan mereka.

Kedudukan Kaji Selidik

  • Honda Jazz mendapat kedudukan tertinggi di dalam segmen kenderaan bandar kompak dengan 68 PP100.
  • Honda City mendapat kedudukan tertinggi dalam segmen ‘entry’ saiz sederhana dengan 59 PP100.
  • Perodua Aruz mendapat kedudukan tertinggi dalam segmen SUV kompak dengan 70 PP100.
  • Honda CR-V mendapat kedudukan tertinggi dalam segmen SUV bersaiz besar dengan 64 PP100.

Kajian ini adalah berdasarkan maklumbalas daripada 1,904 pemilik kenderaan baharu yang membeli kenderaan mereka antara Julai 2018 dan Ogos 2019. Kaji selidik ini melibatkan 50 model kereta penumpang, pikap dan kenderaan utiliti daripada 12 jenama. Kaji selidik ini dijalankan antara bulan Mac dan Oktober 2019.

Kini pada tahun ke-17, kaji selidik menjadi penanda aras kualiti kenderaan baharu dengan meneliti masalah-masalah yang dialami oleh pemilik kenderaan baharu dalam tempoh dua sehingga enam bulan pertama pemilikan menurut dua kategori yang berlainan: masalah yang berkaitan dengan aspek reka bentuk kenderaan dan juga masalah ketidaksempurnaan dan kerosakan.

Kaji selidik ini merangkumi soalan-soalan diagnostik yang spesifik dalam lapan kategori masalah: luaran; pengalaman memandu; ciri/ kawalan/ paparan; audio/ komunikasi/ hiburan/ navigasi; tempat duduk; pemanasan/ pengudaraan/ penghawa dingin; dalaman; dan enjin/ transmisi. Ia juga merangkumi Net Promoter Score® (NPS), yang mengukur kecenderungan pelanggan untuk mengesyorkan jenama kenderaan kepada kenalan mereka pada skala 0-10.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply