ARKIB

KATEGORI

Buletin

Simpati pada dirinya hingga pelanggan semakin kurang – Pomen OKU rayu orang ramai bantu perniagaan bengkelnya

Tular

Views

Kekurangan yang ada padanya tidak menghalang seorang mekanik berstatus orang kelainan upaya (OKU) untuk mencipta nama dan membina kerjaya. Namun ia bukanlah untuk meminta simpati, sebaliknya masyarakat perlu membantu mereka untuk menempuhi kehidupan mendatang.

Demikian luahan OKU yang dikenali Pak Busu apabila menyedari orang ramai tidak lagi menghantar kenderaan ke bengkel keretanya setelah mengetahui kekurangan pada dirinya. Sinar Harian melaporkan, luahan tersebut telah dimuat naik ke akaun Facebook peribadinya hingga kisahnya menjadi tular di laman sosial.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Kata beliau, patutlah orang tidak menghantar kereta ke bengkelnya untuk dibaiki kerana mereka kasihan melihatnya membuat kerja. Tambahnya, sebagai seorang bapa kepada dua anak, beliau memikul tanggungjawab untuk menyara isteri dan keluarganya malah ia bukanlah satu bebanan.

Jelasnya, orang ramai tidak perlu kasihankan diirinya, tetapi perlu simpati kepada anak-anak dan isterinya. Ia sudah menjadi tanggungjawabnya untuk bekerja, mencari rezeki bagi menyara anak-anak dan isteri selain memberi duit perbelanjaan anak-anak sekolah harian, bayar bil elektrik dan air, sewa rumah serta macam-macam lagi.

Beliau turut merayu kepada orang ramai untuk menghantar kereta mereka yang rosak ke bengkel miliknya, IM Auto Garage yang terletak di Jalan Batu Hampar, Melaka. Menerusi hantaran terbaharunya, beliau mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan warganet kerana telah kongsikan luahan hatinya dan mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Bagaimanapun Pak Busu berharap agar penularan kisahnya tidak disalah anggap dan mengundang kecaman daripada segelintir masyarakat. Hantaran yang ‘menyentuh hati’ itu telah mendapat perhatian warganet yang mendoakannya supaya dimurahkan rezeki untuk menyara keluarga.

Namun , ramai di kalangan warganet amat mengagumi semangat Pak Busu untuk meneruskan kehidupan dengan usaha sendiri dan ia turut menyuntik motivasi kepada insan normal yang lain. Selain itu, mereka juga turut berharap masyarakat terus memberi sokongan kepada Pak Busu kerana dia insan yang memiliki jiwa besar selain mendoakannya supaya dipermudahkan rezeki dan urusan dalam kehidupan seharian.

Selain mempunyai bengkel sendiri, Pak Busu juga aktif dalam sukan permotoran dan mungkin ramai yang tidak mengetahui yang beliau merupakan seorang pelumba drift. Kami difahamkan beliau merupakan satu-satunya pelumba drift OKU di negara ini. Sesiapa yang tinggal di Melaka dan ada kereta rosak, boleh la bantu Pak Busu ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply