ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Verna serba baharu buat kemunculan sulung di India

Berita Global

Views

Setelah mengacah foto lakaran rasminya bulan lalu, Hyundai India semalam telah memperkenalkan Verna serba baharu. Generasi keenam model Verna (turut dikenali dengan nama Accent) akan di posisikan di bawah Elantra.

Jika berpandukan kepada dimensinya, ia bukanlah dalam kategori kereta subkompak kerana ukurannya adalah 4,535 mm panjang, 1,765 mm lebar dan 1475 mm tinggi, manakala jarak antara roda model ini pula menerajui segmennya, iaitu 2,670 mm.

Oleh sebab itu, Verna akan berada di kedudukan lebih tinggi berbanding sebuah lagi model Hyundai, iaitu Aura yang berada dalam segmen-B.

Model baharu ini secara signifikannya adalah lebih besar daripada model terdahulu dan hadir dengan rim aloi bersaiz 16-inci dengan tayar 205/55 R16.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Reka bentuk luarannya diinspirasikan daripada Elantra dengan kehadiran elemen rekaan baharu Hyundai, iaitu jejalur lampu LED melintang seperti yang terdapat pada model Kona, Staria dan juga Sonata facelift.

Ruang dalamannya pula cukup mengujakan untuk kereta kategori ‘marhaen’ dengan menampilkan sepasang skrin bersaiz 10.25-inci, tempat duduk hadapan berliang dengan pemanas, upholsteri kemasan kulit, pencahayaan sekitar dan tema dwitona.

Selain itu ia turut dilengkapi dengan bumbung lutcahaya, tempat duduk pemandu dengan larasan elektrik, pad pengecasan nirwayar dan tuil dayung (paddle shifters).

Model ini juga mempunyai banyak butang kawalan fizikal pada konsol tengah kerana Hyundai telah berjanji untuk mengekalkan butang kawalan konvensional bagi fungsi yang kerap digunakan.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Hyundai Verna serba baharu dikuasakan oleh enjin petrol 1.5-liter Aspirasi Alami (NA) yang menjana 113 kuasa kuda dan 144 Nm daya kilas yang disalurkan ke gandar hadapan menerusi kotak gear manual enam-kelajuan atau Intelligent Variable Transmission (IVT).

Selain itu, pilihan enjin 1.5-liter dengan pengecas turbo turut ditawarkan, yang menghamburkan output sebanyak 156 kuasa kuda dan 253 Nm daya kilas, dengan pilihan kotak gear manual enam-kelajuan atau tujuh-kelajuan automatik.

Model ini ditawarkan dengan empat pilihan varian, dan dijual pada harga bermula dari Rs 1,089,000 (RM 58,602) untuk varian asas, manakala varian mercunya pula berharga Rs 1,089,000 (RM 93,529). Untuk varian ini, pembeli akan mendapat bumbung hitam, injak kemasan logam dan pelbagai ‘jajan’ agi.

Dari segi keselamatan pula, kesemua varian akan dilengkapi dengan enam beg udara, brek cakera belakang, sistem pemantauan tekanan tayar, bantuan mendaki dan brek parkir elektrik. Dijangkakan model ini akan tiba ke pasaran negara lain kemudian, kecuali Amerika Syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply