ARKIB

KATEGORI

Buletin

Castrol Hari Mekanik Malaysia hargai jasa “wira yang tak didendang”

Berita Tempatan

Views
Mekanik adalah hero kita. ♥️

Castrol baru-baru ini telah menganjurkan kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia‘ yang kelima yang bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia“.

Kempen yang disambut pada 18 Mac setiap tahun itu ‘membuka tirai’ dengan pelancaran video bertajuk “Sebuah Dunia Tanpa Mekanik“, yang dilancarkan pada 1 Mac lalu di saluran YouTube dan juga Facebook.

Selain dari itu, Castrol juga akan menganjurkan “Pertandingan Mekanik Castrol” yang bakal disertai mekanik dan bengkel Castrol Auto Servis bermula dari 1 April hingga 31 Mei 2023.

Semua penyertaan boleh diserahkan melalui Aplikasi Motorist, aplikasi eksklusif yang disediakan khusus untuk semua bengkel Castrol Auto Servis.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei-Shan, mekanik adalah “wira tak didendang” dalam masyarakat moden hari ini dan Castrol mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh mereka.

Semua mekanik daripada tiga bengkel terbaik, yang dibahagikan mengikut bahagian (bahagian Utara, bahagian Tengah, bahagian Selatan, bahagian Pantai Timur dan bahagian Timur Malaysia).

Jumlah jualan tertinggi semasa pertandingan ini akan memenangi Xiaomi Redmi Note 11 Pro 6.67 inci (128GB), bernilai RM1,149.

Tiga bengkel terbaik daripada setiap bahagian itu juga akan dikreditkan dengan 8,000 mata EZ Rewards bernilai RM800, yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran melalui platform EZ Rewards.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Bukan itu sahaja, Castrol turut merealisasikan impian dua pemenang pertandingan ‘Castrol Game Changers‘ yang dianjurkan dengan kerjasama ‘Premier League’.

Mereka telah dibawa ke London untuk menyaksikan perlawanan Tottenham Hotspurs menentang Chelsea pada Februari lalu di Stadium Tottenham Hotspurs, yang berkesudahan dengan ‘Spurs’ menang 2-0.

Mereka turut diberi peluang untuk menikmati layanan eksklusif bertaraf dunia yang ditawarkan oleh Stadium Tottenham Hotspurs serta beramah-mesra dengan legenda Spurs, Michael Dawson.

Castrol turut melancarkan ‘pek edisi terhad’ untuk Castrol EDGE 5W-40, yang menampilkan empat pemain bintang Liga Perdana, David De Gea dari Manchester United, Jesse Lingard dari Nottingham Forest, Michail Antonio dari West Ham, dan Son Heung Min dari Tottenham Hotspurs.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply