ARKIB

KATEGORI

Info

Tahukah anda syarikat dari Malaysia termasuk dalam senarai pencipta enjin roket terkemuka di dunia?

Info

Views

Sempena Hari Malaysia esok, kami ingin kongsikan satu kisah kejayaan syarikat tempatan yang merupakan salah satu daripada 13 pemain utama dalam pasaran ‘enjin roket cecair’ global yang telah disenaraikan oleh portal Hitechnewsdaily.com. Kami yakin ramai antara pembaca laman sesawang ini tidak mengetahui yang rakyat Malaysia mampu mencipta enjin roket sendiri kan?

Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknikal syarikat Independence-X Aerospace, saudara Izmin Yamir menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau amat bersyukur kerana syarikatnya termasuk dalam senarai itu, sekaligus meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tambahnya, mereka akan terus membanggakan negara dan berusaha sedaya upaya sehingga berjaya sampai di orbit pada masa akan datang dengan enjin roket yang direka, dikeluarkan dan diuji oleh anak Malaysia. Roket itu juga merupakan roket buatan Malaysia yang telah dipatenkan di Amerika Syarikat.

Roket Dedicated Nano Launch Vehicle (DNLV) milik syarikat Malaysia ini akan siap sedia untuk ke pasaran komersial menjelang tahun 2023 dan termasuk dalam senarai yang dikeluarkan oleh Northrop Grumman dan Orbital ATK. Syarikat itu juga merupakan satu-satunya wakil dari negara Asia Tenggara yang berada dalam senarai tersebut dan pernah dipaparkan dalam Laporan NASA pada tahun 2015.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Berikut adalah senarai pemain utama dalam pasaran enjin roket cecair global:

  • Boeing
  • Liquid Propulsion Systems Centre
  • Sierra Nevada Corporation
  • Pratt and Whitney
  • Rocket Crafters Inc.
  • Marquardt Corporation
  • Stratolaunch Systems Corporation
  • Aerojet Rocketdyne
  • Yuzhmash
  • Student Space Systems
  • Yuzhnoye
  • Independence-X Aerospace
  • TRW

Syabas Independence-X Aerospace! Malaysia kini di mata dunia! Selamat Hari Malaysia daripada kami di Funtasticko.net.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply