ARKIB

KATEGORI

Buletin

Iklan kereta elektrik harga murah ada unsur penipuan – PDRM

Berita Tempatan

Views

Nampaknya keraguan media automotif tempatan mengenai iklan kereta elektrik Mini EV X2 yang dijual dengan harga promosi, RM13,800 seunit akhirnya terjawab! Menerusi satu hantaran ringkas menerusi laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan warganet supaya berhati-hati dengan iklan tersebut.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Menurut pihak polis, iklan tersebut ada unsur penipuan (scam) dan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar industri permotoran tempatan serta semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ternyata model tersebut masih belum diberikan sebarang kelulusan VTA untuk berada atas jalan raya buat masa ini.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Oleh itu PDRM memberi amaran kepada orang awam khususnya warganet supaya tidak membuat apa-apa bayaran deposit ke akaun yang tertera di laman sesawang syarikat tersebut. Sebenarnya model yang sedang hangat diperkatakan itu adalah keluaran oleh syarikat Zhejiang Today Sunshine New Energy Vehicle Industry Co., LTD. dari China. Di negara tersebut ia dikenali sebagai Mine M1.

Ada beberapa perkara yang meragukan di laman tersebut, selain ia hanya memaparkan nombor akaun bank CIMB bagi mereka yang ingin membuat pembayaran dan langsung tidak menyatakan maklumat mengenai nombor telefon pihak yang boleh dihubungi untuk urusan jual beli. Jangan sampai Tipah tertipu lagi ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply