ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal bakal model Proton e.MAS 5 berasaskan Geely Geome Xingyuan

Impresi Artis

Views

Model hatchback elektrik Geely Geome Xingyuan secara rasminya diperkenalkan di China baru-baru ini dan jualannya dijadualkan akan bermula pada akhir bulan September.

Dari segi dimensi, Geome Xingyuan berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, dan 1,570 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,650 mm.

Ini bermakna ia 10mm lebih panjang dan 35 mm lebih lebar berbanding bakal pesaing terkuatnya iaitu BYD Dolphin.

Ia ditawarkan dalam tujuh pilihan warna yang terdiri daripada Vanilla Beige, Basil Green, Berry Powder, Milk White, Mousse Silver, Truffle Gray, dan Sea Salt Blue.

Untuk pilihan rona kabin pula, ia ditawarkan dengan dua pilihan warna, Sky Mirror White dan Wizard Green.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Geome Xingyuan didatangkan dengan suspensi bebas yang merupakan ciri standard untuk semua varian, sistem pemacu elektrik pintar 11-dalam-1, dan sistem operasi kokpit pintar Flyme Auto.

Varian aras permulaan dilengkapi dengan motor elektrik TZ160XS001 yang dibekalkan oleh GLB Power yang menawarkan output sebanyak 78 kuasa kuda. Kelajuan tertingginya mampu mencecah 125 km/j.

Varian lebih berkuasa pula didatangkan dengan motor elektrik TZ160XS002 yang dibekalkan oleh syarikat yang sama, memberikan menawarkan output sebanyak 114 kuasa kuda.

Kelajuan tertingginya pula mampu mencecah sehingga 135 km/j. Ia ditawarkan dengan dua pilihan bateri litium besi fosfat (LFP) yang dibekalkan oleh CATL, berkapasiti 30.12 kWj dan 40.16 kWj (jarak pandu masing-masing 310 km dan 410 km (kitaran CLTC).

Dari segi praktikaliti, Geome Xingyuan mempunyai kotak simpanan barang berkapasiti 10 liter, 35 kompartmen penyimpanan, ruang bagasi belakang dengan muatan 375 liter dan ia akan bertambah kepada 1,320 liter jika tempat duduk belakang dilipat.

Bukan itu sahaja, ia turut memiliki ruang bagasi hadapan (frunk) berkapasiti 70 liter. Spekulasi di laman maya mengatakan, harga yang bakal ditawarkan untuk model ini nanti berkemungkinan sekitar 80,000 yuan (RM50,000).

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Lebih menarik, mereka yang memandu uji model ini akan diberikan aiskrim daripada Häagen-Dazs secara percuma. Ini merupakan julung kalinya Geely mengadakan kolaborasi bersama jenama aiskrim terkemuka itu.

Spekulasi di laman maya mengatakan, harga yang bakal ditawarkan untuk model ini nanti berkemungkinan sekitar 80,000 yuan (RM50,000).

Kini media di Malaysia mula membuat spekulasi berkenaan dengan model ini yang dijangka berpotensi sebagai calon model EV kedua untuk Proton e.MAS, selepas e.MAS 7.

Dalam artikel terdahulu, akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars telah menyiarkan video acah yang memaparkan ‘siluet’ tiga model kereta dengan bentuk badan berbeza yang salah satunya adalah sebuah hatchback padat.

Oleh yang demikian, Sahabat kami yang juga pakar manipulasi digital, Theottle juga telah menyiapkan gambaran awal Geome Xingyuan versi pemanduan kanan (RHD) yang memakai lencana Proton e.MAS.

Penulis pula menggunakan kepakaran dalam rekaan grafik untuk mengolah semula logo e.MAS 7 menjadi e.MAS 5 yang berkemungkinan bakal menjadi nama model kedua dari jenama berkenaan. Apa pendapat anda?

Sumber: CarNewsChina

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

Foto rasmi Geely Geome Xingyuan

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply