ARKIB

KATEGORI

Tular

Ingatkan ‘down’, tapi pemilik ‘steady’ jer posing sakan lepas Myvinya terbalik

Tular

Views

Seorang remaja didakwa pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) mengalami kemalangan di jalan raya sempat merakam gambar kenangan bersama kereta Myvi miliknya, kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, kejadian tersebut didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rata-rata wargnet memujinya dan menyifatkan dia seakan-akan telah memenangi trofi kemenangan lantaran bersikap terlalu santai bagi mereka yang baru sahaja mengalami kemalangan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

“Kereta Myvi sudah terbalik pun abang masih boleh bertenang dan santai. Berbeza dengan saya yang memandu kereta Navara. Saya pun baru sahaja mengalami kemalangan dan jari kaki saya patah,” ujar seorang warga maya.

“Abang, abang tengah kemalangan. Bukannya sedang meraih anugerah,” seloroh seorang lagi pengguna.

Dalam pada itu, terdapat juga warga maya yang menjadikan kemalangan tersebut sebagai satu bahan gurauan sekali gus memuji ketahanan Myvi tersebut.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

“Antara banyak-banyak kemalangan, kemalangan ini yang terlihat begitu estetik. Siap mampu tersenyum lagi. Gambar pun kelihatan menarik,” tulis seorang pengguna.

“Myvi sentiasa selamat dan mampu menyelamatkan pemiliknya. Alhamdulillah, pemandu dan penumpang selamat,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Susulan itu, remaja tersebut mengingatkan kepada pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati sewaktu memandu di jalan raya terutamanya di selekoh yang tajam.

Perkongsian gambar menerusi akaun pengguna TikTok Cadadd tersebut telah berjaya meraih 541,100 jumlah tontonan setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply