ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ingkar arahan kuarantin, pesalah bakal dikurung dalam rumah berhantu

Berita Global

Views

Seorang ahli politik di Sragen, Jawa Tengah, Indonesia melakukan satu ‘tindakan di luar kotak’ dengan memutuskan untuk mengurung mereka yang ingkar arahan kuarantin di dalam rumah berhantu. Astro Awani melaporkan, pesalah akan ditempatkan di beberapa lokasi bangunan terbengkalai yang dipercayai didiami entiti mistik yang ditakuti masyarakat setempat, bukannya di ‘rumah hantu’ di taman tema atau funfair.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Yuni Sukowati mengeluarkan arahan itu minggu ini susulan kemasukan orang ramai secara besar-besaran ke daerah Sragen selepas Jakarta dan kota-kota besar lain ditutup. Bagaimanapun ada di kalangan penduduk yang baharu tiba itu tidak menghormati arahan kuarantin selama 14 hari untuk mencegah penyebaran COVID-19.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Sukowati mengarahkan rumah-rumah lama dan terbengkalai digunakan sebagai penjara untuk menempatkan golongan yang degil ini. Di Indonesia, rumah-rumah seperti itu sering dikaitkan dengan fenomena mistik. Kata beliau kepada AFP, jika ada rumah kosong dan berhantu di kampung, letak dan kunci mereka di dalamnya.

Salah seorang pesalah yang menerima hukuman itu ialah Heri Susanto. Katanya, setakat ini dia belum terserempak dengan hantu. Namun kata lelaki yang berasal dari pulau Sumatera itu, jika dia terjumpa dengan enititi misteri dia tidak boleh membuat apa-apa. Dia akur dengan arahan tersebut demi untuk menjaga keselamatan orang ramai dan juga menjadi pengajaran buatnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply