ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dr Noor Hisham sahkan pemandu ambulans meninggal dunia lepas hantar pesakit negatif COVID-19

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit COVID-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif pandemik tersebut. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Menurut beliau, pemandu ambulans tersebut mempunyai sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Selain itu beliau turut memberitahu Bernama bahawa pemandu ambulans itu turut menghidap beberapa penyakit lain.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu. Tular di media sosial sejak semalam tentang pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit COVID-19 ke sebuah hospital di Perak.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan. Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit lelah (asma) dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Viral Perak

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply