ARKIB

KATEGORI

Info

Ini jangkaan susut nilai Proton X50 varian Flagship selepas dua tahun

Info

Views

Memandangkan sudah banyak portal permotoran yang membincangkan tentang gaji minima yang layak untuk membeli Proton X50 dan kos servisnya dalam tempoh jangka masa tertentu, kami ingin membawa para pembaca ke suatu sisi yang lain. Ia melibatkan perkara yang sering diperkatakan oleh orang ramai iaitu jangkaan susut nilainya.

Menurut satu artikel di portal TheVocket, penulisnya Razzaaq Ajaq telah berkongsi berapakah jangkaan susut nilai model tersebut menerusi kaedah yang dinamakan ‘sum of the years digit‘ yang bermaksud susut nilai lebih banyak pada tahun-tahun terawal. Disebabkan X50 baharu sahaja dilancarkan, penulis mengambil X70 sebagai rujukan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Contoh:

Proton X70 varian Executive (2WD)

Harga asal : RM110,000
Harga selepas 2 tahun : RM78,800
Susut nilai 2 tahun : – RM31,200 (-28%)
Anggaran harga selepas 5 tahun : RM45,000 – RM54,000

Jadi, dengan berpandukan dengan susut nilai Proton X70 Executive (2WD) keluaran tahun 2018, lelaki itu menganggarkan:

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Proton X50 varian Flagship

Harga baru : RM104,000
Harga selepas 2 tahun : RM75,000
Susut nilai 2 tahun : – RM29,000 (-28%)
Anggaran harga selepas 5 tahun : RM42,000 – RM51,000

Walaupun anggaran harga susut nilai ini tidaklah sebegitu tepat, akan tetapi jumlahnya tidak akan jauh berbeza. Apa yang pembeli perlu tahu apabila membeli kereta baharu adalah susut nilai kenderaan juga perlu diambil kira. Perbandingan di atas hanyalah anggaran dan contoh semata-mata.

Kiraan di atas tidak mengambil kira faedah (interest) yang perlu dibayar selama 5 tahun. Nilai harga terpakai itu hanyalah merujuk kepada harga di portal Mudah.my dan ia tidak melambangkan nilai yang sebenar. Meskipun kereta akan mempunyai susut nilai, ia masih lagi keperluan bagi sesetengan orang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply