ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini unit produksi Alza terakhir, ‘ahlan wa sahlan’ D27A

Berita Tempatan

Views

Nampaknya, pengeluaran model semasa Alza sudah tiba ke penghujung. Sejak dari 2009 sehingga ke 2022, Alza merupakan model MPV kompak tujuh-tempat duduk yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.

Satu foto telah dikongsikan oleh rakan pembaca bernama Amerul Asyraff di ruangan komen laman Facebook kami dan ia memperlihatkan beberapa kakitangan di kilang pengeluaran Perodua bergambar bersama dengan sebuah Alza.

Model Alza berwarna Electric Blue ini ‘dikatakan unit produksi terakhir‘ yang keluar dari di kilang pengeluaran Perodua dan ia sekali gus memberi petanda awal yang model penggantinya bakal menyusul selepas itu.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Pengeluaran Alza sepatutnya ditamatkan pada Januari lalu kerana kerajaan akan beralih dari peraturan emisi Euro 2 kepada Euro 4 menjelang 1 Januari 2022 (sepatutnya pada 1 Oktober 2021).

Model yang disebut-sebut sebagai penggantinya, D27A juga merupakan model MPV kompak tujuh-tempat duduk yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Kembar kepada D27A dari Indonesia, iaitu Toyota Avanza/Veloz dan Daihatsu Xenia generasi baharu sudah pun meluncur di negara republik tersebut dan telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Ejen perisik kami Mat Bond sebelum ini pernah berkata, D27A berkemungkinan akan tiba pada pertengahan tahun 2022 kerana Perodua kini dalam proses menstabilkan kembali pengeluaran model-model semasa yang ditempah oleh pelanggan.

Kata Mat Bond, Perodua kini dalam proses menstabilkan kembali pengeluaran model-model semasa yang ditempah oleh pelanggan dan dalam masa yang sama cuba sedaya upaya untuk mengurangkan tempoh menunggu.

Dalam artikel terdahulu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya mempunyai kemampuan untuk melancarkan dua model kemas kini kecil (facelift) dan satu model serba baharu setiap tahun.

Ini memberi petanda awal yang ada dua lagi model kemas kini akan diperkenalkan dalam tahun ini selain D27A. Kita sama-sama nantikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply