ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insiden diluar kawalan, penganjur ‘Retro Havoc’ mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Susulan daripada beberapa insiden yang berlaku semasa acara “8th Annual Retro Havoc Car Show 2023” di The Curve baru-baru ini, penganjur acara tersebut telah membuat membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang terjejas menerusi akaun Facebook rasminya hari ini.

Menurut penganjur, mereka begitu menghargai segala komen dan kritikan yang diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan, serta warganet.

Pihaknya ingin menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai kawalan sepenuhnya kepada tingkah laku orang ramai dan pengunjung pada hari tersebut dan segala yang berlaku adalah diluar jangkaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sebagai penganjur, pihaknya telah memberikan peraturan dan garis panduan bertulis (telah dilampirkan kepada setiap peserta) kepada setiap pemilik kenderaan yang mempamerkan kereta mereka dalam acara tersebut.

Pihak penganjur juga ingin menekankan bahawa tiada sesi ‘Pop & Bang’ Ekzos sebagai acara rasmi yang dijadualkan dalam acara ini. Tindakan tersebut adalah dilakukan oleh pemilik kereta atas kehendak sendiri tanpa pengetahuan penganjur.

Mereka juga berjanji untuk meningkatkan keselamatan dengan menempatkan lebih banyak pengawal serta meningkatkan jumlah individu yang bertugas mengawasi kenderaan pada masa akan datang.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Untuk tindakan selanjutnya, mereka akan memberi tumpuan kepada meningkatkan pengurusan acara, termasuk menjalankan penilaian risiko yang lebih teliti dan memberi latihan yang lebih baik kepada pasukan keselamatan.

Pihak penganjur juga komited untuk memberikan perjalanan acara dalam suasana lebih harmoni dan menyenangkan pengunjung, serta memastikan tahap keselamatan kenderaan dan para pengunjung pada masa akan datang.

Pihaknya turut mengambil berat tentang keharmonian suasana dan kesejahteraan orang ramai serta akan terus bekerja keras untuk memastikan acara-acara mereka berjalan lancar dan berintegriti pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply