ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Versi pengeluaran Mitsubishi XFC Concept jalani ujian di Vietnam, debut global di GIIAS, Ogos nanti

Foto Intip

Views

Nampaknya kami mungkin terlepas pandang foto intip ini kerana versi pengeluaran Mitsubishi XFC Concept telah pun dikesan menjalani ujian jalanan di Vietnam pada awal Mei lalu.

Foto-foto tersebut telah dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Phương Ngọc. Difahamkan, unit ujian XFC Concept versi pengeluaran lengkap dengan pelitup celoreng dirakam sekitar fasiliti pengeluaran Mitsubishi di Binh Duong.

XFC Concept membuat kemunculan sulung global di Vietnam Motor Show 2022, dan SUV serba baharu itu bakal dilancarkan di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30, Ogos ini.

SUV segmen-B ini dijangka berentap dengan beberapa model seperti Honda WR-VToyota Yaris CrossNissan Kicks dan Hyundai Creta.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Model baharu itu nanti bakal menampilkan penggayaan SUV tulen yang bergaya dan mantap, serta praktikaliti seperti pengendalian, ruang simpanan yang pelbagai selain ruang kabin yang lapang.

Versi konsepnya dilengkapi dengan 4 mod pemanduan, iaitu Normal, Wet, Gravel dan Mud. Menurut kenyataan media, XFC Concept versi pengeluaran telah menjalani ujian dan penalaan berulang dalam persekitaran jalan raya di rantau ASEAN.

Ia bakal memberikan ketenangan fikiran, meskipun ketika meredah permukaan kasar atau jalan yang ditenggelami air ketika hujan lebat.

Dari segi rangkaian kuasa, ia berkemungkinan besar berkongsi penjana yang sama dengan Xpander, iaitu enjin 1.5L MIVEC dengan pacuan roda hadapan. Enjin tersebut mampu menghasilkan 105 PS dan 141 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa, buat julung kalinya model SUV kompak ini dilengkapi dengan sistem bunyi serba baharu, “Dynamic Sound Yamaha Premium“.

Ia merupakan hasil kolaborasi antara Mitsubishi Motors bersama pengeluar alat muzik dan perkakasan audio, Yamaha Corporation.

Dengan penalaan khas yang dioptimumkan untuk ciri akustik kabin, sistem bunyi baharu dalam SUV kompak serba baharu itu bakal memberikan pengalaman bunyi yang premium dan mengasyikkan.

Dari segi posisi segmen, XFC Concept versi pengeluaran akan berada di antara ASX dan Eclipse Cross. Di pasaran ASEAN, SUV baharu itu akan melengkapi barisan model sedia ada, di bawah model Xpander dan Xpander Cross.

XFC Concept dibangunkan sendiri oleh Mitsubishi dan ia tidak akan menjadi pengganti kepada ASX, kerana model tersebut telah pun diganti dengan versi ‘rebadged‘ Renault Captur di pasaran Eropah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Phương Ngọc

Foto acah Mitsubishi XFC

Mitsubishi XFC Concept

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply