ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insiden tren LRT – 6 penumpang kritikal, 3 dibantu alat bantuan pernafasan

Berita Tempatan

Views

Enam penumpang yang terlibat dalam kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi kini kritikal dan tiga daripadanya menggunakan alat bantun pernafasan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Portal MalaysiaGazette melaporkan, mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter.

Katanya, berdasarkan maklumat terkini HKL, 15 penumpang lagi berada dalam keadaan separa kritikal manakala 43 orang lagi tidak kritikal. Sebanyak 64 mangsa kemalangan berhampiran Stesen LRT KLCC itu dibawa ke HKL.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, tren membawa seramai 213 penumpang dan tren rosak yang sedang dipandu uji laluan Kelana Jaya bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Kejadian yang menggemparkan negara itu berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah perkhidmatan LRT sejak 23 tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply