ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lesen memandu negara asing boleh ditukar mulai esok

Berita Tempatan

Views

Rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu di negara asing boleh menukarkannya kepada lesen memandu Malaysia menerusi pelaksanaan pertukaran lesen berkuat kuasa esok. Portal MalaysiaGazette melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, ia bakal melibatkan rakyat Malaysia yang sebelum ini mendapat lesen memandu di luar negara.

Beliau berkata, menerusi pelaksanaan itu juga, peserta program Malaysia My Second Home (MM2H) turut berpeluang untuk membuat pertukaran kepada lesen memandu Malaysia. Memandangkan pelaksanaan itu melibatkan peserta MM2H, permohonan pertukaran hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat JPJ dan pejabat negeri sahaja.

Katanya, pelaksanaan ini berdasarkan beberapa peraturan di mana lesen memandu negara asal yang dimiliki oleh individu berkenaan adalah masih sah dan berkuatkuasa. Lesen memandu yang dimaksudkan adalah lesen memandu penuh, tidak termasuk lesen belajar memandu, lesen sementara atau lesen percubaan.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Tambahnya, peraturan lain adalah lesen memandu negara asal akan ditukarkan kepada lesen percubaan (Lesen P) Malaysia dan diwajibkan memenuhi semua syarat yang dikenakan kepada pemegang Lesen P yang lain. Ia bagi memastikan individu berkenaan benar-benar mempunyai kelayakan memandu dan mendidik pemandu untuk mematuhi semua peraturan jalan raya negara ini.

Shaharuddin menambah, bagi peserta atau warganegara yang memperoleh lesen memandu daripada negara bukan penjanji kepada Konvensyen 1949, bukan dari negara ASEAN dan tidak mempunyai MRA dengan Malaysia, mereka akan diwajibkan untuk menduduki kelas dan ujian teori undang-undang sahaja.

Jelas beliau, perkara itu amat diperlukan bagi memastikan tahap pemahaman terhadap undang-undang dan peraturan jalan raya negara ini yang mungkin berbeza dengan negara asal lesen dikeluarkan. Bagi peserta MM2H, lesen memandu akan dibatalkan sekiranya mana-mana peserta program melanggar mana-mana syarat program, telah dibatalkan daripada program MM2H.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Bagi mengiktiraf lesen memandu negara asing, JPJ telah bersetuju supaya pengiktirafan lesen memandu negara asing yang mempunyai kepentingan dengan Malaysia iaitu samada menerusi perjanjian Konvensyen 1949, Perjanjian Negara-negara Asean 1985 dan yang menandatangani Mutual Recognition Agreement (MRA).

Shaharuddin berkata, bagi tujuan pengiktirafan itu, dasar-dasar yang perlu dipatuhi apabila sebarang pertukaran lesen memandu negara Malaysia diperlukan. Katanya lagi, warganegara bagi negara yang mempunyai kepentingan dengan Malaysia akan dibenarkan memandu menggunakan lesen memandu negara itu selagi lesen memandu asal masih sah dan bukannya lesen memandu percubaan, lesen belajar memandu, lesen sementara atau lesen percubaan.

Bagi memastikan keseragaman, proses penggunaan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) akan diwajibkan (terutamanya sekiranya pemandu memandu negara tidak mempunyai terjemahan dalam bahasa Inggeris).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply