ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Eastern Motors Sdn Bhd lancar generasi ketiga Suzuki Swift Sport – CBU dari Jepun, harga RM139,900

Berita Tempatan

Views

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Suzuki membuat kemunculan semula ke pasaran tempatan menerusi pengenalan model sulungnya, hot-hatch kompak Swift Sport yang dilancarkan malam ini. Kali ini, generasi baharu kereta Suzuki di Malaysia akan diedarkan oleh pengedar baharu, Naza Eastern Motors Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Naza Automotive Corporation Sdn Bhd, Dato Nik Hamdam Nik Hassan, pihaknya yakin model ini bakal menarik perhatian para peminatnya menerusi rekaan yang agresif, penjana kuasa serba baharu dan pengendalian yang responsif.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini dijual pada harga RM139,900 (tanpa insuran dan cukai jualan, termasuk pengecualian cukai jualan 50 peratus sehingga 30 Jun 2012). Ia turut ditawarkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau 100,000 km (yang terdahulu).

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Swift Sport didatangkan dengan empat pilihan warna menarik, antaranya Champion Yellow, Pearl Pure White, Speedy Blue Metallic dan Burning Red Pearl Metallic. Hot-hatch ini dijana oleh enjin 1.4L BOOSTERJET yang digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan automatik dengan paddle shifter yang menghasilkan 140 kuasa kuda dan 230Nm daya kilas dari 2,500rpm.

Swift Sport baharu ini dibangunkan dari pelantar generasi baharu HEARTECH yang lebih kukuh di samping menawarkan pengendalian yang tangkas menerusi daya kilas-ke-berat yang mengagumkan. Reka bentuk luaran model ini masih mengekalkan bentuk ikonik daripada model terdahulu dan kali ini jerijinya lebih besar.

Gaya atletik Swift Sport baharu disempurnakan lagi dengan lampu depan projektor dan lampu siang jenis LED serta gaya ‘bumbung terapung’ dicetuskan dari permainan visual ‘tiang-C halimunan’ yang turut menghasilkan gaya rekaan coupe.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Di bahagian kabin, ia dilengkapi dengan sepasang tempat duduk separa bucket yang disulam dengan logo “Sport”, stereng jenis rata di bahagian bawah beserta butang kawalan pelbagai fungsi serta unit infohiburan multimedia dengan paparan bersaiz 7-inci yang menyokong Apple CarPlay.

Mereka yang berminat dengan model cilik ini boleh terus berkujung ke pusat pameran andalan 3S Suzuki yang pertama, terletak di Naza Automall, Petaling Jaya. Berkeluasan 2,702 kaki persegi, pusat pameran andalan ini amat mengalu-alukan kehadiran mereka dengan suasana yang ceria dan bersemangat.

Selain itu, para pelanggan boleh mendapatkan cenderahati rasmi Suzuki di sana dan selain pusat 3S, Naza Eastern Motors Sdn Bhd juga secara rasminya membuka Pusat Servis Suzuki yang turut berada dalam kawasan Naza Automall.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply