Seperti yang penulis jangka, kemasan pada jeriji ‘Infinite Weave‘ unit ujian Proton X90 (VX11) seperti yang pernah ditemui sendiri dalam artikel terdahulu kelihatan ada butiran berbentuk berlian dengan kemasan krom.
Namun, pada ketika itu ia masih ditampal dengan pelekat hitam bagi menyembunyikannya. Tapi kali ini, foto intip yang berjaya dirakam oleh Muhamad Qardhawi berjaya memperlihatkannya dengan begitu jelas sekali.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Foto ini dikongsikan di ruangan komen di laman paultan.org Automotive/Car Discussion Group, dua hari lalu. Sekilas pandang, kemasan sebegini terus mengingatkan kita kepada jeriji pada model terkini keluaran Peugeot.
Penulis berpendapat, ini merupakan evolusi jeriji ‘Infinite Weave‘ 2.0 yang akan mula digunapakai pada X90 (VX11) dan seterusnya diaplikasikan kepada model-model lain secara berperingkat.
Tahun ini Proton bakal memperkenalkan dua model baharu iaitu crossover MPV, X90 (VX11) dan sedan S50 (SS11). Selain itu, ada dua lagi model Proton akan dikemaskini (MC) untuk tahun 2023 dan kedua-duanya adalah model ber’genre‘ SUV.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Kata ejen Mat Bond, model X70 bakal beralih ke fasa Minor Change (MC2), manakala X50 pula akan dikemaskini buat kali pertama, iaitu MC1.
X70 MC2 dijangka menampilkan rekaan jeriji dan bampar serba baharu, selain sedikit perubahan di ruangan kabin. Ia juga akan mendapat tombol gear rekaan baharu dan juga paparan unit infohibur bersaiz lebih besar.
Bagi model X50 MC1 pula, tiada sebarang info yang kami terima setakat ini memandangkan Mat Bond juga masih belum memperoleh maklumat yang mutakhir.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Muhamad Qardhawi
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI