ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) ini dah mula pakai jeriji ‘Infinite Weave’ dan ‘Ethereal Bow’

Foto Intip

Views

Boleh dikatakan sepanjang minggu ini, pasti ada individu yang menemui unit ujian Proton X90 (VX11) kan? Tapi kali ini boleh dikatakan paling jelas dan memperlihatkan jeriji ‘Infinite Weave‘ pada unit ujian tersebut.

Maka tidak syak lagi ini adalah unit ujian X90 (VX11) sebenar versi Proton dan bukan lagi kembarnya, iaitu Geely Haoyue. Foto-foto intipan terbaharu ini telah dimuat naik ke portal Nextrift.com sejak 21 Disember yang lalu.

Dua unit X90 (VX11) yang masih lengkap dengan pelitup celoreng ini telah dikesan sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Jika diperhatikan, jeriji ‘Infinite Weave‘ pada unit ujian X90 (VX11) ini lebih halus dan rapat.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Unsur anyaman yang menjadi inspirasi kepada jeriji ini tidak seperti pada model X70 dan X50 yang kelihatan agak jarang dan bersaiz lebih besar.

Ini juga bermakna unit ujian tersebut turut menggunakan logo kepala harimaut berbentuk bulat yang merupakan identiti korporat baharu Proton.

Di bahagian bawah jeriji ‘Infinite Weave‘ ini pula kelihatan seperti bentuk busur atau ‘Ethereal Bow‘ yang juga merupakan identiti rekaan Proton pada model semasa.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Oleh sebab ia masih sarat dengan pelitup celoreng, ada beberapa elemen rekaan yang diolah semula oleh Proton dari model penderma asal, masih belum kelihatan.

Namun, kami berpendapat yang Proton hanya melakukan sedikit sahaja perubahan kosmetik, dan masih mengekalkan hampir keseluruhan reka bentuk asal Haoyue.

Jika mengikut jadual asal, X90 (VX11) model crossover MPV sulung Proton ini bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2023, manakala sebuah lagi model baharu, iaitu sedan S50 (SS11) akan tiba pada hujung tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nextrift.com

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply