ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gara-gara ubah suai kereta menjadi Toyota Agya, pemilik Perodua Axia ini terima dua notis dari JPJ

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini akan Facebook rasmi Bahagian Penguatkuasa JPJ Sabah telah memuat naik satu hantaran yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Axia telah ditahan di Jalan Apas, Tawau.

Perodua Axia berkenaan telah ditahan pada 1 Ogos lalu oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Tawau atas dua kesalahan, antaranya mengubah suai bentuk dan peralatan kenderaan dan juga cermin gelap.

Jika merujuk kepada gambar, Perodua Axia itu telah diubah identitinya kepada Toyota Agya yang merangkumi bentuk lampu, jeriji dan bampar depan serta lampu, pintu dan bampar belakang.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bukan itu sahaja, segala lambang yang ada juga telah ditukar kepada versi Toyota, selain menggunakan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihak UPB Tawau telah mengeluarkan dua iaitu Notis JPJ (P) 22 dan Notis Arah Periksa (N.A.P) terhadap Axia tersebut untuk tindakan seterusnya.

Untuk makluman, modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan (aksesori) yang tidak mengubah identiti serta tidak menggangu ciri-ciri keselamatan kenderaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu Pemeriksaan Kenderaan Motor dan Pemberian Maklumat Kepada Ketua Pengarah.

Pada 2017, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib pada ketika itu berkata, semua kenderaan yang didaftarkan di Malaysia memiliki identiti masing-masing.

Jelasnya, perkara-perkara yang telah diluluskan, terutamanya semasa proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) untuk membolehkan kenderaan itu berada di atas jalan raya Malaysia, tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya.

Tambah beliau lagi, meskipun pemilik hanya menukarkan logo jenama kenderaan mereka, sebagai contoh Perodua kepada Daihatsu atau Toyota, ia tetap menyalahi undang-undang sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bahagian Penguatkuasa JPJ Sabah

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply