ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Geely Jia Ji facelift dikesan tanpa pelitup penyamaran, jeriji ala ‘Infinite Weave’

Foto Intip

Views

Model Proton Exora ‘tak jadi’, Geely Jia Ji versi facelift telah berjaya dikesan di China baru-baru ini. Lebih menarik, intipan kali ini lebih bernasib baik kerana unit ujian Jia Ji facelift itu langsung tidak memakai sebarang pelitup penyamaran.

Tambah mengujakan lagi, Jia Ji facelift itu kebetulan pula berada di sebelah versi sebelumnya, jadi kita dapat melihat terus apa perubahan yang telah dibuat pada model baharu itu.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Jia Ji facelift turut mengikut jejak langkah model Vision StarburstEmgrand L dan Bin Yue S versi facelift yang menggunapakai bahasa reka bentuk baharu iaitu “Energy Storm”.

Dalam artikel terdahulu kami menyiarkan beberapa imej patennya yang didaftarkan atas nama Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. dan Shanghai Geely Zhai Ran Automobile Design Co., Ltd.

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian hadapan yang mempunyai reka bentuk kacukan Lexus dan kemasan jeriji ala ‘Infinite Weave’ Proton. Lampu depannya masih lagi sama, manakala bentuk bamparnya telah berubah dengan lampu siang LED yang lebih nipis.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Di bahagian belakang, ia menampilkan rekaan lampu serba baharu dengan kemasan selongsong berbentuk 3 dimensi. Secara keseluruhan versi facelift masih mengekalkan rekaan asal, nampun lebih sporty dan moden.

Ruang dalamannya turut mengalami sedikit perubahan terutama pada bahagian konsol tengah. Ruang letak cawan juga lebih besar, manakala perehat tangan menjadi satu unit tunggal dan saiznya semakin membesar.

Rona dalaman juga diberikan kemasan warna baharu dengan kombinasi hitam dan biru. Buat masa ini belum dapat dipastikan unit enjin manakah yang akan menjananya, tetapi ia menggunakan transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (7-DCT).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Weibo

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply