ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tata Concept Curvv beri gambaran awal model SUV-coupe elektrik, model produksi tiba dua tahun lagi

Berita Global

Views
Introducing Concept Curvv | Different By Design

Semalam Tata telah memperkenalkan model Concept Curvv yang memberi gambaran awal kepada model SUV-coupe elektrik yang bakal hadir dalam tempoh dua tahun lagi.

Curvv turut memperkenalkan bahasa reka bentuk baharu syarikat tersebut yang dikenali sebagai “Digital”, yang memfokuskan kepada permukaan bersih dan garisan dinamik.

Model konsep ini menampilkan gaya tipikal SUV-coupe elektrik, lampu LED di depan dan belakang, pelindung badan plastik jenis berkilat pada lengkung roda dan lampu siang LED (DRL) berbentuk segitiga yang menggantikan liang udara pada bampar depan.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Menurut ketua reka bentuk, Martin Uhlarik, mereka tidak ‘mengorbankan’ hatta sedikit pun keluasan ruang dalaman, selain menampilkan gaya reka bentuk sporty dan menawarkan dimensi serta ciri yang “terbaik dalam kelasnya”.

Rekaan kabin model ini agak minimalis dan kelihatan dua paparan bersaiz sederhana pada papan pemukanya, satu untuk unit infohibur manakala satu lagi berfungsi sebagai kelompok instrumen digital.

Lencana Tata pada stereng dua-jejarinya pula bercahaya, dengan butang kawalan haptik di konsol tengah. Ia turut dilengkapi dengan bumbung suria panorama, pencahayaan ambien dan tempat duduk rekaan futuristik dengan reka corak upholsteri fabrik moden.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Model SUV kompak ini akan dibangunkan dari pelantar Tata Generation 2 EV. Versi elektriknya mempunyai jarak perjalanan sehingga 500 km dan “prestasi yang dipertingkatkan”.

Tata turut mengesahkan yang mereka akan turut menawarkan varian enjin pembakaran dalaman (ICE) pada masa akan datang.

Model produksi Curvv nanti akan berada di atas SUV kecil Nexon EV yang kini menjadi model elektrik terlaris di India. Sejak 2021, Tata turut menawarkan sedan kecil mesra-bajet Tigor EV yang menjadi model EV kedua keluaran syarikat tersebut.

Tata merancang untuk memperkenalkan lapan model EV baharu menjelang tahun 2025 dan sasaran mereka adalah untuk menguasai 25 peratus jumlah jualan kereta elektrik di India menjelang tahun 2026.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply