Geely nampak semakin rancak membangunkan model generasi baharu dan baru-baru ini kelibat sebuah prototaip model sedan dengan namakod SS11 telah mula menjalani ujian jalan raya di China. Meskipun unit ujian ini masih sarat dengan celoreng penyamaran, namun beberapa bahagian badannya telah didedahkan.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Antaranya lampu, bampar dan jeriji hadapan serta lampu dan bampar belakang. Jika dilihat pada profil badannya, rekaan model sedan ini kelihatan seperti Geely Preface (Xing Rui) versi lebih ‘marhaen’. Secara kebetulan, namakod model Geely SS11 seakan mempunyai pertalian dengan model Geely Bin Yue/Coolray yang sebelum ini menggunakan namakod SX11.
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
Ada kemungkinan, ia dibangunkan dari pelantar BMA yang turut dikongsi oleh kembar SUV Geely tersebut iaitu Proton X50. Menurut rakan kami di WapCar.my, Geely SS11 bakal dijana oleh pilihan enjin 1.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 136 PS dan 180 Nm daya kilas atau enjin aspirasi normal 1.5 liter yang menjana 108 PS dan 145 Nm daya kilas.
Difahamkan model ini akan diperkenalkan secara rasmi bulan Mei nanti di pasaran China. Mungkinkah Geely SS1 bakal menjadi calon pengganti kepada Proton Persona? Memandangkan Persona bakal memasuki fasa MC2 tidak lama lagi, kami menjangkakan sekitar tahun 2023 atau 2024 kita mungkin berpeluang melihat generasi baharunya.
Nantikan perkembangan selanjutnya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
KOMEN TERKINI