ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

INTIP : Honda City 2020 diuji waktu malam

Foto Intipan

Views

Amat jarang sekali kita dapat melihat kelibat unit ujian dari jenama bukan nasional diuji waktu malam, kebiasaannya yang sering ditemui adalah model Proton. Namun kali ini rakan pembaca Ezham Asri telah berjaya mengesan unit ujian Honda City 2020 di jalan Kuala Lipis-Raub, sebelum Bukit Fraser.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Menurut Ezham, City generasi kelima yang sarat dengan celoreng penyamaran ini sedang menghala ke Cameron Highlands. Jika diperhatikan kepada nombor plat dagang yang digunakan – M 247 A , ia merupakan unit sama yang pernah dikesan di Lebuhraya Persekutuan dalam artikel sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

City 2020 bakal dilancarkan pada separuh kedua 2020 dan ia dikuasakan oleh enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC).

Model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard. Di Thailand, model ini telah menepati piawaian yang ditetapkan untuk Kereta Eko Fasa 2. yang dikatakan lebih ketat dari segi penggunaan bahan bakar dan emisi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply