Jentera lumba Formula 1 2020 McLaren menjadi perhatian menjelang musim baru ini, dengan salutan berteknologi tinggi yang dibekalkan sekali lagi oleh AkzoNobel. Ini bagi memastikan MCL35 kelihatan lebih bergaya. Sebagai rakan kerjasama cat dan pelapis rasmi untuk pasukan McLaren Racing, jenama syarikat Sikkens ini telah membantu McLaren untuk kelihatan lebih menonjol di grid sejak 2008.
Dengan rupa dan reka bentuk yang baharu untuk musim 2020, kesemua bahagian bercat untuk jentera lumba terkini dan juga pengangkutan pasukan, garaj dan aksesori – menampilkan produk berkualiti tinggi dari AkzoNobel.
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
Di samping itu, rangkaian Pelapis Pelindungan AkzoNobel dari jenama International, menawarkan pelindung haba untuk jentera. Intertherm 50 telah digunakan pada komponen kritikal yang mengelilingi enjin dan ekzos membantu bagi menahan suhu sehingga 540˚C. Satu lapisan salutan produk hanya setebal 25 mikron – selebar anggaran satu pertiga rambut manusia!
Pengarah Urusan Perusahaan AkzoNobel’s Automotive and Specialty Coatings, Patrick Bourguignon berkata pihaknya sangat berbangga dengan kolaborasi erat bersama McLaren, yang dibina atas dasar kerjasama, perkongsian minat untuk inovasi dan komitmen terhadap prestasi.
Tambahnya, kereta ini tampak hebat sekali – baik di bahagian atas mahupun di bawah – dan mereka berharap dapat melihatnya beraksi di Zandvoort apabila Grand Prix F1 kembali ke Belanda tahun ini. Pasukan McLaren Racing akan berusaha untuk mengekalkan momentum selepas musim 2019 yang positif, apabila mereka menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Pembina Constructor.
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Racing berkata, sekali lagi, jentera lumba Formula 1 mereka MCL35 kelihatan begitu hebat sekali. Mereka telah melangkaui had teknikal dengan reka liveri terbaharu, dan berterima kasih kepada AkzoNobel – rakan kongsi yang dipercayai lebih dari sepuluh tahun. Pihaknya amat menghargai atas segala sokongan berterusan daripada mereka.
Para saintis dan juruteknik di McLaren dan AkzoNobel telah bekerjasama lebih dari sedekad, di mana kerjasama dilanjutkan pada tahun 2012 untuk kereta versi jalanan McLaren. Dengan gabungan kedua-duanya, mereka telah memajukan teknologi salutan dan pembangunan warna sambil membuka ruang untuk peluang baharu di masa hadapan
Tambah Bourguignon, bekerjasama dengan rakan-rakan yang menginspirasi seperti McLaren membolehkan mereka meluaskan kepakaran, dan pada masa yang sama, berusaha dalam menawarkan inovasi canggih buat pelanggan. Katanya lagi, kedua-dua entiti ini mempunyai minat yang sama terhadap usaha berterusan untuk mencapai prestasi tinggi, dan ini akan menjadi daya penggerak mereka untuk mengembangkan kerjasama ini.
Grand Prix pertama musim baharu akan berlangsung di Melbourne, Australia pada 15 Mac.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
KOMEN TERKINI