ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Jazz, City dan CR-V ungguli ranking Kaji Selidik Kualiti Awal Malaysia J.D. Power 2019

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia mencatatkan pencapaian yang luar biasa apabila tiga modelnya, Jazz, City dan CR-V telah berjaya menduduki ranking tertinggi dalam segmen mereka menurut Kaji Selidik Kualiti Awal Malaysia J.D. Power 2019 (IQS) bagi kualiti kenderaan baharu.

Dua daripada model terlaris mereka, Jazz dan City berada pada kedudukan teratas ranking bagi segmen kompak bandar dan saiz sederhana permulaan dengan masing-masing mencatatkan skor 68 bagi setiap 100 kenderaan (PP100) dan 59 (PP100). Model CR-V pula menduduki ranking tertinggi dalam segmennya untuk tahun kedua berturut-turut dengan 64 PP100.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang merangkumi bahagian luaran kenderaan, enjin dan transmisi, ketersambungan hiburan audio dan lain-lain. Keputusan dengan skor yang lebih rendah mencerminkan prestasi kualiti yang lebih baik dan berdasarkan pada tanggapan dari bilangan masalah yang dialami bagi setiap 100 kenderaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, mereka sangat gembira kerana model Honda telah mendapat tempat di hati pelanggan dengan kedudukan kualiti kenderaan baharu. Pihaknya akan terus konsisten untuk memperkenalkan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menawarkan produk dengan kualiti paling tinggi.

Tambah beliau, kilang pengeluaran mereka di Pegoh, Melaka akan terus memberi tumpuan untuk menghasilkan kenderaan dengan kualiti tertinggi, keselamatan dan mesra alam, dengan menggunakan teknologi pengilangan terkini dan tercanggih. Model terlaris Honda Malaysia, City telah menyumbang 36 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan syarikat pada 2019. Peneraju dalam segmen-B ini sangat popular dengan ruang kabinnya yang lapang yang menawarkan ‘ruang segmen-D pada saiz segmen-B’.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Setakat ini City mempunyai ruang bagasi paling besar dalam kelasnya, dengan 536 liter sekali gus ia menjadi sedan paling sesuai untuk mereka yang berkerjaya dan keluarga muda bagi kegunaan perjalanan dekat dan jauh. Ia dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Jazz mengekalkan popularitinya dan menyumbang 13 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia tahun lalu. Model generasi ketiga Jazz ini memiliki ruang kargo yang fleksibel dengan ULTRA Seats yang boleh diubah kepada empat konfigurasi – Utility, Long, Tall dan Refresh. CR-V pula menyumbang 14 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia tahun lalu.

Salah satu ciri menariknya adalah enjin 1.5L VTEC turbo yang menawarkan keseimbangan prestasi dinamik dan kecekapan bahan api. Ia turut menjadi model pertama dari Honda Malaysia yang dilengkapi dengan Honda SENSING.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply